• Best Moment

    The Best Moment

    The Moment that we cherish together.

  • Easy to Customize

    Easy to Customize

    Nunc sapien risus, molestie sit amet pretium a, rutrum a velit. Duis non mattis velit. In tempus suscipit sem, et consectetur.

  • Clean Design

    Clean Design

    Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Nam consequat risus et lectus aliquet egestas.

  • Works Everywhere

    Works Everywhere

    Nullam a massa ac arcu accumsan posuere. Donec vel nibh sit amet metus blandit rhoncus et vitae ipsum.

  • Web Development

    Web Development

    Suspendisse eleifend nulla in est euismod scelerisque. Etiam lacinia fermentum nunc id imperdiet.

  • Color Picker

    Color Picker

    Nullam tortor tellus, iaculis eu hendrerit ut, tincidunt et lorem. Etiam eleifend blandit orci.

Impian baru

0 comments

Malam ni adalah malam 1 ramadhan..bersamaan 10 julai 2013.ketika bersiar-siar di Google, saya terjumpa blog cara mendidik anak mengikut cara islam yang sangat menarik membuatkan saya terinspirasi untuk mendidik Fateh seperti itu juga..anak pemilik blog tersebut berjaya menghafal 27 surah alquran seawal usia 3 tahun! Hebatkan?..dan saya berazam, untuk jadi ibu seperti beliau.inferens saya, jika beliau seorang bekerjaya boleh maka saya pun boleh!..hipotesisnya pula semakin cepat saya bermula semakin baik hasilnya..sekarang fateh hampir berusia sebulan.waktu yang sesuai untuk bermula kerana waktu kritikal perkembangan otak bayi adalah dari 6 bulan didalam perut ibu sehingga 4 tahun sahaja..dan saya bertekad taknak lepaskan masa keemasan ini..oleh kerana saya masih di kampung berpantang dan tiada kemudahan teknikal seperti cd, pc serta kebolehan deria penglihatan fateh pada umur sebulan pun hanya jelas pada jarak 15-30inci saja maka saya akan gunakan pendekatan voice learning dulu..caranya senang saja, setiap kali fateh menyusu saya akan bacakan alif, ba, ta dan seterusnya kerana waktu menyusu biasanya mata fateh akan memandang muka saya dan mengikut baby center, pada usia sebulan, wajah ibu adalah perkara yang paling menarik bagi bayi ketika ini . hehe...so! Target saya  bila umur setahun lebih fateh sudah boleh menhafal alif ba ta dan mengenal  bentuknya..amin! So, jom bereksperimen!:)...

..................tapi kenapa alif ba ta? Bukan abc atau 123?......................................

Sebab...saya yakin dan percaya kata2 ni:

JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT, DUNIA AKAN DATANG PADA KITA.

Lagipun abc dan 123 die boleh belajar di tadika nanti...klo semua dia dah pandai, takde kerja la pula cikgu dia nanti.hehehe..:p

P/s:tenkiuu so much pada blogger Darwishndarwishah yg sangat menginspirasi saya untuk jadi umi yang terbaik! Cayok!!



Read more

Selamat bersalin.

0 comments

Hari ni 20/6/13, genap seminggu fateh dilahirkan tapi sakitnya masih terasa-rasa.ditambah dengan luka jahitan epi yg masih belum sembuh sepenuhnya..nak duduk, jalan, kencing apatah lagi berak semuanya seksa.hehe..tapi bila tengok muka fateh..lupa sekejap semua tu..magik betul perasaan seorang ibu..

Entry kali ni juz nak tulis pengalaman melahirkan fateh, anak sulong umi dan ayah..semoga dapat dibaca oleh fateh bila dia besar kelak bagaimana perit uminya berjuang untuk membawa dia ke dunia ni dan menjadi anak yg soleh sesuai dengan nama yang dipilih ayah muhammad al fateh.;)

..........................................................
13/6/13
Pukul 12 tengahri,hari ni fateh sudah overdue 8 hari.umi dan ayah ternanti2 fateh keluar..umi mula rasa sakit sikit2 macam period pain tp x la kuat mana..dalam setengah jam sekali.sempat lagi umi mengedit tesis umi.hehe..tapi bila umi ke toilet dah ada lendir2 coklat campur darah.teruja betul umi sebab tanda kelahiran dah muncul.apa lagi terus kol ayah di ofis bagitau.ayah terus risau dan amik half day kerja.standby untuk hantar umi ke hospital..

Jam 3.30 ptg..
Umi dan ayah ke hospital.doc cek bukaan baru 2cm.kecewanya umi.lambat lagila fateh nak keluar..doc bg pilihan samaada nak stay di wad yg penuh, atau nk balik.umi bertegas nak balik sbb lagi selesa sakit di rumah..

Jam 9.00 mlm..
Sakit umi dah 5 minit sekali..dah x mampu nak bercakap time contraction datang.ayah ajak ke hospital dan umi yang tengah sakit angguk je.sebelum tu umi minta sembahyang isyak berjemaah dengan ayah.yelah mana tau ini solat umi yang terakhir ke..hehe..touching plak....

10.30mlm..
Di hospital, doc cek bukaan serviks tapi baru 3cm.aduhai..umi dah sakit berpeluh2..mmg kecewa..tapi doc tolak juga masuk ke labour room.bersiap sedia untuk proses bersalin.waktu ni ayah tak dibenarkan masuk lagi.di Hsi, labour room mmg betul2 bilik.satu ibu satu bilik, bukan ditutupi tabir je.memang selesa..tp dekat situ la azab nk bersalin bermula.huhu..mula2 dtg doc lelaki untuk cek jalan dan pecahkan air ketuban.sakitnya bila doc tu agak kasar..barang pun main hempas2 je.doc muda agaknya tengah praktikal kot dan perasan hensem (mmg la dia hensem tp hensem lg ayah fateh.hehe)..dia boleh cakap kt umi,."pn, jgn malu saya professional. Susah sy nak buat kerja kalo pn mcm ni.." umi jawab "saya bukannya malu, tapi sakit! Doc buat kasar sangat!"..amik kau.hehe..sebelum tu doc masukkan tiub untuk buang air kencing..ya Allah ngilunya bila tempat paling sensitif dimasukkan tiub halus..kemudian tangan umi dicucuk untuk masukkan air dan ubat induce untuk cepatkan lg bukaan..kira2 satu jam kemudian siap semua proses ni.huhu..kemudian nurse panggil ayah masuk....lega!

2a.m,14/6/13
Doc dtg untuk cek jalan..baru 5cm.waktu ni contract ion umi dah 3 minit sekali..sakitnya sampai mrnggigil satu tubuh tahan.nurse ada bagi satu mask gas yg boleh disedut jika sakit.bagi umi, gas tu x la membantu sangat cuma maybe secara psikologi ia membantu.at least bila sakit, kita ada something nk buatkan konon2 nk hilangkan sakit.gas tu bila terlebih boleh menyebabkan mamai dan loya.waktu umi sakit, ayah dengan gigihnya melekapkan mask pada hidung umi sambil mengajar teknik bernafas yang betul.."tarikkkkk,,, lepasss,,, tarikkk,, lepass".walaupun untuk bernafas saja, umi dah lupa caranya bila sakit datang..ayah sangat membantu umi waktu ni..setia disebelah umi diatas kerusi dari 11 mlm hingga fateh lahir 1tghari esoknya walaupun ayah demam...

Jam 4am..
Nurse datang cek jalan dan buang air kencing.masih 5cm..tak ada perkembangan.yang bertambah sakit umi..kontraction dtg hampir 2 minit sekali.tiada rehat langsung..baru terlelap seminit, dah sakit balik..sakit sangat macam nak patah pinggang dan entahla tak dapat nak gambarkan sakitnya bagaimana. .

Jam 6am...
Umi mmg dah mulai mamai kesan gas penahan sakit..bila umi terlelap ayah beberapa kali memanggil umi, mungkin ayah risau takut umi pergi senyap2 tinggalkan dia..hehe..tp umi masih ada dan cuba senyum untuk ayah...waktu ni umi minta ayah telefonkan tokma n tok bah di kampung.walaupun dalam labour room tak dibenarkan guna hp tp umi nak juga . walaupun umi dah minta maaf siap2 sebelum masuk labour room tp umi nk juga minta maaf lagi sekali..sudah 8 jam umi di labour room dengan sakit yang amat sangat, umi mula terbayangkan mati..waktu tu ntah kenapa hati mula redha kalau tuhan nak cabut sj nyawa umi sebab sakitnya dah tak tertanggung lagi.kemudian ayah minta izin untuk solat subuh..walau keberatan tapi umi biarkan ayah pergi ..

Jam 7am..
Doc cek bukaan baru 6 cm..umi mula merayu dalam mamai untuk czer..tp doc cakap apa tah umi da tak ingat.yg umi ingat doc beritahu lagi 2 jam kita wat keputusan

maknanya pukul 9 pagi.umi mcm nk gila dengar.terpaksa tahan sakit lagi 2 jam.... Jam 9.00 am.. Doc pakar datang cek bukaan.waktu ni dah 8cm.dia tolong bukakan jalan dengan tangan.yaAllah.sakit! Cek jalan pun dah sakit, inikan pula di tekan2 supaya cepat terbuka.tuhan saja tahu...kemudian doc cakap kita tunggu pukul 12.30 tengahri tengok macam mana.czer or normal.. Jam 12.30 pm. Doc dtg dan cek.bukaan dah 9cm..doc mula bersiap2 untuk proses bersalin.tak perlu tunggu 10cm sbb dah sakit lama sangat..tiba2 bilik menjadi ramai.3 org doktor dan 4 orang nurse datang memberi semangat..ayah gigih memberi semangat supaya umi tsk give up..umi dah x sedar apa dah masa tu..terlalu sakit..akhirnya doc buat kputusan untuk vakum dan tarik fateh keluar..doc juga gunting tp umi mmg tak rssa apa2 sebab semua tempat sakit..akhirnya 1.14pm, doc letak fateh atas dada umi.umi cuma mampu pandang..nak pegang fateh pn umi dah tak mampu... Bersambung...


Read more

Overdue

0 comments

Hari demi hari tunggu Fateh keluar tapi tak nak juga keluar.dah seminggu umi dan ayah pujuk tak nak juga..sampaila hari ni Fateh dah overdue 2 hari tau.sepatutnya 4 jun dah keluar tp 6 jun still lagi dok menendang dalsm perut ummi.hehe..tadi last check up di klinik kesihatan.doc bg tempoh sampai 11jun means 5 hari lagi untuk Fateh keluar sendiri.kalau tak keluar jgk terpaksala induce sebab Fateh xleh la dok lama2 dalam perut ummi..kt luar ni dunia luasss lagi untuk Fateh..ayah Fateh tu dah tak sabar nak main dengan Fateh, nak mandikan Fateh tau....hari-hari ayah cakap "keluarla Fateh,dah 9 bulan lebih dok ngn ummi..dok ngn ayah la pulak "...hehe...minggu lepas ummi cek berat Fateh baru 2.45kg..tadi terkejut umni berat Fateh dah 3.1kg...yela cuti sekola ni mmg segala makanan pergi kt Fateh je,umi dok rehat je depan tv..masa sekolah hari tu Fateh x cukup makan sebab ummi yg guna banyak tenaga.hehee....esok hari jumaat, hari yang paaaling bagus untuk Fateh keluar. Ke nak tunggu 8/6? Sama besday dgn ayah cik dan abg mat shahir..hehe.......cpt kuar tau!



Read more

kisah suami nak tukar kerja

0 comments
haaa...tengok tajuk pun dah boleh faham kan,,tapi yang nak bincang kat sini kronologinya dan hikmah disebaliknya. walaupun bunyi macam senang, nak tukar kerja saja tapi dilema tetap ada.tak sesenang yang disangka rupanya.Kisahnya bila suami tak semena-mena dapat panggilan telefon untuk datang interview di sebuah kilang kawasan tempat dia kerja sekarang. Dia pun tak ingat bila kali terakhir dia hantar resume di job street.hehe...maka dengan semangatnya dia pun pergilah interview diiringi doa oleh isterinya. Position yang ditawarkan pada suami adalah Design Enggineer,tapi... beliau gagal....opss tak habis cerita lagi..gagal untuk jawatan tu je,tapi sebaliknya bos di kompeni baru itu menawarkan beliau jawatan yang lebih tinggi iaitu sebagai Project Enggineer ketika sesi interview stage kedua kerana berasa yakin dengan kekredibiliti beliau semasa interview terdahulu. Yang saya tak percaya bila suami cakap interview berlangsung dengan speaking english kerana syarikat tu syarikat international,ada 18 biji seluruh dunia (dengan saya tak ada pun speaking2..boleh ke?haha).. maka beliau pun pulanglah dengan senang hati kerana ada can untuk bertukar tempat kerja dan mendapat kenaikan gaji yang baik..bak kata beliau,rezeki anak kami tak pasal-pasal dia dapat interview saat fateh nak lahir..boleh la cover belanja fateh yang bakal mencecah 500 sebulan nanti.alhamdulillah.

Kemudian, beliau dengan bersemangatnya menaip resign letter untuk kompeni yang dia sedang bekerja sekarang dan menghantarnya. Maka bermulalah dilema yang menyebabkan dia tak dapat tidur malam sehingga lewat bangun nak pergi kerja,maka dengan lajunya saya cakap amik je halfday,,boleh teman saya kt rumah.alang-alang dah bangun lambat.hehe (bagus ke tak bagus bini camni sebab bini pun tidur terbongkang sama naik?=P)..dilemanya bila bos kompeni sekarang memujuk-mujuk beliau untuk stay, dan jangan berhenti.bukan seorang,3 orang yang memujuk.semua orang atasan pada beliau.lalu beliau stress apatah lagi memikirkan offer yang hebat dari bosnya jika dia kekal.ehehe..semua macam pantas je,,tak pasal-pasal bos dia offer kenaikan gaji yang sama dengan tempat baru berkuat kuasa bulan ini jugak (jun) padahal bulan 1 hari tu baru bos dia naikkan gajinya rm500.ark3...seterusnya, bos dia memujuk lagi dengan mengatakan suami sangat berpotensi dalam kerjayanya sebagai jurutera mekanikal, boleh diharap, bagus,,bla2...maka mengikut polisi syarikat ini, setelah 5 tahun berkhidmat (suami sudah berkhidmat 3 tahun),syarikat akan hadiahkan sebuah kereta kepada beliau (boleh pilih nak kereta apa...mitak toyota alphard boleh x?kah3) dan saham dalam syarikat (syarikat untung berjuta-juta setahun, kalau dapat 1% share pon dah berapa puluh ribu tuu....)lalu suami terus jadi pening..pening sepeningnya kerana dia dah tak suka bekerja disitu kerana beban kerja yang sangat banyak tapi offernya agak bagus...haishh.

Bila suami cakap nak tukar kerja sebab gaji,nanti dah nak ada anak,boss nya up kan gaji,bila suami cakap kerja terlalu banyak, boss nya cakap dia dalam proses mengambil dua orang lagi enggineer untuk cover kerja suami.maka sudah tiada alasan lagi untuk dia berhenti........boss bagi masa 5 hari untuk memikirkannya.maka saya sebagai isteri pun cuba berfikir untuk mencari satu kesimpulan untuk dicakapkan pada suami supaya dia tak pening-pening lagi.hehe...nak dijadikan cerita, balik pada kisah interview semula. Pada 2nd stage intrview di syarikat baru, suami tetiba ternampak yang syarikat tersebut sebenarnya terlibat dengan pembungkusan arak (beer). Syarikat tersebut sebenarnya pengeluar mesin pembungkus dan customer2 nye terdiri dari nestle, f&N,milo,,pendek kata apa-apa saja yang nak kena bungkus..termasukla beer. Maka disitu sudah muncul was-was ataupun syubhah dihati beliau mengenai gaji beliau nanti.termasukla syubhah di hati saya kerana wang nya nanti untuk kegunaan kami sekeluarga.Kalaula jatuh haremmm.....habisla kami,bahkan kucing2,ayam, rebit dan mak ayah di kampung pun habisssslah.


maka, saya pun menggoogle la di internet  di laman web JAKIM mengenai hukumnya.sebab setahu saya apa-apa saja yang terlibat dengan arak waima pemandu lori arak pun hukumnya hareemm...saya terjumpa sebijik persoalan yang sama dengan kes suami saya. Orang tersebut bertanya perihal gajinya jika bekerja dengan syarikat yang mengambil tender dengan pembungkusan arak. Dengan tepat dan padat, JAKIM menjawab hukumnya haram.kerana mendatangkan syubhah kerana bersubahat dengan perkara haram. Lalu saya tunjukkan pada suami artikel itu supaya dia boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk sendiri. Saya cuma mahu membantu menunjukkan jalan saja, yang mana harus dipilih..(baik tak bini dia kali ni?hehe)...harap-harap saya dapat membantunya...kemudian,saya terus berfikir lagi ayat apakah yang paling sesuai untuk saya ucapkan pada suami untuk membantu menghilangkan kekusutan fikirannya...lalu saya cakap:

"Abang, mungkin Allah sebenarnya nak menurunkan rezeki pada anak kita,sebab itu tiba-tiba datang interview di saat2 fateh hampir lahir. Tiba-tiba saja dengan semua yg jadi ni gaji abang naik lagi sebab bos sayang nak lepaskan abg. Dalam masa yang sama, Allah terus tunjukkan jawapan pada abang pilihan apa abang yang perlu buat sebab tu abang tiba-tiba ternampak kilang tu sebenarnya sedang buat projek pembungkusan arak.Semuanya dh jadi jelas......itulah hikmahnya dilema yang melanda...kan abang kn?"

Kesimpulannya,,,,setiap anak ada rezekinya masing-masing...semoga suami saya bulatkan hati dengan pilihannya. Saya dah cuba membantu setakat yang boleh sebagai isteri...menjadi penunjuk cara dalam masa yang sama apa saja suami saya lakukan saya akan sokong 1000% dari belakang!hehe..terima kasih sudi baca....semoga ada hikmah yang dapat diambil.Apa pun,syukur pada Allah...pemberi nikmat dan pelega kesukaran....alhmadulillah.








Read more

Hari-hari terakhir sebelum bertiga..

4 comments
Hari ni genap kandungan saya 38 minggu.maknanya tinggal lagi 2 minggu untuk jadi bertiga ataupun 14 hari lagi.dan saya masih bekerja untuk hari-hari terakhir menjelang cuti dengan macam2 perkara perlu disiapkan sebelum bercuti panjang kerana sy tak mahu waktu cuti saya diganggu nanti dengan kerja separuh jalan saya tinggalkan..semoga cuti saya kelak aman dan tenteram.hehe..bila sudah akhir-akhir begini macam-macam perkara sy fikirkan..dan saya perasan sebenarnya ada satu perasaan pelik yang muncul sejak akhir-akhir ni.rasa sedih..mungkin sindrom baby blues sebelum bersalin kot.haha..saya asyik terfikirkan bagaimana la sakit bersalin dan melalui pembacaan saya di blog2 senior yg lain sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.dan ada juga cakap seperti tulang dipatah-patahkan.malah ada juga saya baca saudaranya meninggal dunia akibat komplikasi sewaktu bersalin.semua ni membuatkan saya rasa sedih.tapi apapun saya tetap kena hadapinya kan..lumrah seorang wanita.sedangkan ramai lagi wanita lain diluar sana yang bersusah payah untuk merasai pengalaman ini takkan la saya nak lari kan..maka akibat kesedihan dan kerisauan itu, saya menjadi lebih sensitif terhadap en.suami.saya inginkan masa berkualiti dengannya,hanya saya dan dia.entah mengapa saya menjadi risau,risau kalau-kalau ini adalah 2 minggu saya yang terakhir.2 minggu terakhir saya dapat melihat dia.saya belum bersedia..dan bila saya beritahu pada suami saya,dia pasti marah dan cakap saya merepek.kalau saya pun saya tak suka..hehe...tapi hakikatnya inilah yang saya rasa.bukan reka-reka tapi datang dengan sendiri...tapi saya malas nak layan sangat,saya sibukan diri dengan urusan kerja yang banyak sebelum bercuti.Oleh kerana saya menggunakan tenaga dengan maksimum ketika disekolah (bak kata suami saya,saya selalu terlebih guna energy ketika buat kerja sebab tu cepat penat,haha) maka bila malam saja saya sudah kepenatan dan tak tertulis tesis yang umpama telur dihujung tanduk.sipi-sipi lagi nak jatuh.dan saya stress sendiri.haha..tapi sebenarnya saya malas nk stress2 dan terlalu memaksa diri.sebab saya tahu kalau saya keletihan,ada yang lebih letih dari saya.anak dalam kandungan.kesian dia,,tiada pilihan tapi terpaksa saja mengikut rentak saya..oleh sebab itu saya selalu berpesan pada anak saya supaya keluar tepat pada masanya iaitu 4 Jun 2013 kerana waktu itu,sekolah sudah pun mula bercuti, tesis saya juga sudah siap, suami, kakak (yang akan ambil cuti seminggu untuk menjaga saya) benar-benar telah bersedia. itulah hari yang tepat untuk kita jadi bertiga. =)


Read more

Binatang dan pregnancy

2 comments
Saya pregnant 10 bulan lepas berkahwin..agak lambat bg sesetengah orang yg kebanyakannya terus bunting pelamin.dan oleh kerana saya ada membela kucing iaitu boboi dan wawa..maka dengan sewenang-wenangnya mereka berkata.."bela kucing memang susah nk mengandung..ada virus..bla3.."tup-tup sy mengandung bila saya stat diet(berat saya naik 10kg lepas kawin)..lalu mereka terdiam......her her her...saya pernah adukan pada ma saya perkara ni, sudah tentula ma saya akan back up saya memandangkan ma saya pun pencinta kucing yang tegar.ma saya cakap,, "anak tu rezeki dari Allah..kalau tuhan nak bagi, Dia akan bagi.bela la gajah rimau pun, kalau rezeki anak tu akan hidup rimau pun xkan makan..inikan kucing, anak ma ade 5 ape..xde masalah pun bela kucing.." saya pun berlapang hati dan percaya 100% dengan ayat power ma saya.
Kemudian, saya pregnant.selepas saya dan suami membeli rumah dan berpindah..kami mulakan hidup baru dirumah baru dengan orang baru dalam rahim saya.indah sungguh .tapi macam biasalah ramai pulak bertanya tentang kucing-kucing kesayangan saya.."jgn pegang/main/sentuh kucing masa pregnant, bahaya!"..hmm..ok dulu cakap tak boleh pregnant ada kucing, sekarang bahaya pulak.ok, walaupun saya tak suka mereka cakap begitu namun saya terima nasihat mereka yg lebih dulu beranak pada saya.saya mula mengoogle di internet..dan jumpa pasal virus taxoplasma..virus ni asalnya berada dalam tanah, jika kucing memakan tikus tanah atau burung yg makan cacing dari tanah.maka kucing tersebut mungkin dijangkiti..selain tu, berkebun tanpa pakai sarung tangan pun memungkinkan kita dijangkiti.so kenapa kucing aje yang nak di persalahkan? Marah pulak saya..lagipun kucing-kucingan saya spesis berbulu lebat dan dikurung dalam sangkar masing-masing.tengok ikan goreng dalam pinggan depan mata pun dorang boleh buat muka not interested..apatah lg nk bersusah payah kejar burung.ohh memang tak la..dorang sangat berlagak dan hanya makan kibles yg berharga rm115 utk 7kg.lagi mahallll dari beras jati saya dan suami makan.ceh..so saya rasa percentage untuk dorang dijangkiti toxoplasma adelah 5% saja.itupun sebab dorang tak pakai selipar jalan atas tanah..
Sampai sekarang saya dah pregnan hampir 9 bulan, masih ada yg cakap "jgn main dengan binatang berbulu, bahaya! !"..haha saya malas nk layan.saya lebih suka menyerahkan semua pada Allah.saya dah mengambil pencegahan yang terbaik dengan menyerahkan segala urusan kucing kepada suami saya sebagai langkah berjaga2..tidak sesekali saya akan salahkan kucing jika berlaku sesuatu.itu semua takdir Allahkan...dan sekarang sudah mula ada nasihat2 yang menyatakan kucing tidak bagus untuk bayi baru lahir (pulak!) Dan bertanya saya dimanakah saya akan letak kucing2 saya bila bayi sudah lahir nanti..konfius saya kenapa mesti ada soalan tu..hehe...
Mereka tidak faham perasaan saya terhadap kucing2 saya, sudah umpama anak.lalu saya jawab "kucing tu semua tak akan kemana-mana.itu rumah mereka, kucing saya akan dapat adik baru cuma berlainan spesis sj..bukan 1 masalah besar"...
Dan hasil analisis yg saya buat berdasarkan nasihat2 yg sy terima berkaitan kucing yg negatif adalah dari orang yg memang sejarahnya tak sukakan kucing, lalu mereka menuduh makhluk kesayangan nabi ni sebagai sumber pelbagai virus.nak aje saya cakap pada mereka tak perlu bela kucing utk virus, cek je tilam katil  sendiri bawah mikroskop dan tengok berapa bilion kuman, hama, bakteria dan virus beranak pinak pada tilam yg tak pernah kita basuh tu.itupun kita masih tidur dengan lena dalam senyuman.haha..apela...manusia..manusia..inilah saat yg tepat untuk saya sebut pepatah "kuman diseberang nampak tp gajah depan mata tak nampak!"...***ayoyo!tepuk dahi!***



Read more

31 weeks~

0 comments
alhamdulillah selamat sampai ke trimester ke 3.kurang dr 2 bulan lg utk mendakap putera hati yang dinantikan :)..yay!dan byk perubahan2 yg berlaku pada sy..hoho

1)sy dah x larat nk pergi pasar seorang diri.angkat ayam sekilo,ikan sekilo pon rs dah ckp berat..siap kena buat 2-3 trip angkut barang ke kereta =_=!

2)bila berjalan dh mula rasa ngilu di bahagian pelvis..mungkin kepala baby dh menekan bahagian tu..

3)bila baby bergerak,rasa nk terkencing sebab baby sudah besar dan menghimpit pundi kencing saya.

4)selalu bangun malam utk kencing..menyebabkan tidur terganggu dan mengantuk di sekolah...

5)suda tidak ada posisi tidur yg selesa,kalau tidur terlentang sakit belakang sebab berat uterus menekan saraf tunjang..ini yg sy baca la..kalau mengiring lenguh bahu..meniarap konfemla x boleh.hehe..semua serba x kena..hmm

6)krem kaki yg sgt kerap..sakit giler tp nasib baik en suami akan terus bangun urutkan kaki bila dengar sy menjerit tiba2 mlm2 buta...huhu..terima kasih ayg..

7)dh x boleh mengajar dengan suara yg kuat dlm tempoh yg lama mcm dlu sbb semput.suara mest jd menggigil..hahaa

8)panas yg amat tubuh.mmg x tahan...hhhuhu..kalau boleh x pakai ape2 lg bagus..haha

rasanya tu je kot,ntah la kot ade yg terlupa...hoho




Read more

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...