Apa la yg cik wanie duk membebel.. X habis lg ke kisah zaman sekolah? Jgn la citer semua, malu la I..haha.. Anyway, thanks a lot Yaya for involving us in your story.

So setelah 3 tahun lebih kami berjauhan, kami mula merancang untuk belajar di tempat yg sama. So masa tu kami sama-sama apply untuk masuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Wanie apply pendidikan fizik, aku plak apply kejuruteraan mekanikal. Tetapi disebabkan oleh persaingan yg amat sengit dalam bidang kejuruteraan (padahal aku x layak,hahaha), aku gagal untuk menempatkan diri di UTM, and tahniah buat Wanie sbb berjaya menempatkan diri dengan pilihan pertamanya. Sedih jugak masa tu sbb apa yg dirancang tidak menjadi. Tapi jgn risau, backup plan still ada.hehe.. My 2nd choice, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat. Masa tu UTHM still lagi dengan nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Alhamdulillah, aku berjaya dengan pilihan kedua aku, dah memang ditakdirkan untuk aku untuk belajar kat UTHM sehingga aku berjaya bergelar jurutera sekarang.
Ok lah, dah lewat ni, esok aku kena keje. Next time aku sambung dgn kisah kami masa belajar dekat universtiti plak. Thanks sudi membaca~~