kenapa thesis saya tak siap?

2 comments
ketika darjah 1,saya bercita-cita utk menjadi ustazah..setiap kali ditanya tentang cita2 saya pasti akan jawab "saya nak jadi cikgu"..(malu nk sebut jd ustazah,nanti digelakkan kawan2 sebab tudung pun x pakai)..tp jauh dilubuk hati saya,saya nak jadi ustazah!puncanya kerana seorang ustazah. Ustazah saya ketika darjah 1 saya masih ingat namanya iaitu ustazah Hamidah,ada tahi lalat besar disebelah hidungnya.beliau penuh dengan sifat keibuan dan sangat baik.saya admire dia sangat2 sehingga saya pun mahu jadi seperti dia..her3...

kemudian disekolah menengah,cita2 untuk jadi ustazah kian hilang seiring dengan hilangnya ustzah hamidah di mata saya.Dia,saya tinggalkan di sekolah rendah dan saya terus membesar menuju ke sekolah menengah.Di sekolah menengah saya tercari-cari cita-cita saya namun tidak ketemu apa yang saya suka.maka setiap kali cikgu bertanya tentang cita-cita saya akan memilih jawapan lazim iaitu "saya nak jadi cikgu"..walhal hati ini bukanla suka sgt nk jadi cikgu..

Tapi saya perasan pada minat saya kepada apa waktu itu,saya sgt sukakan subjek Sejarah,saya suka ke bilik kaunseling di sekolah membaca tentang emosi,psikologi,saya menyertai kelab pembimbing rakan sebaya..dan akhirnya saya yakin,saya nak jadi kaunselor!!ya,kaunselor!itulah minat saya..

kemudian saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi.di matrikulasi tiada pilihan yang saya suka iaitu psikologi.Matrikulasi hanya bidang sains sahaja dan saya ditawarkan kursus sains fizikal.ketika itu saya sudah kalut,Fizik saya bukan pandai pun dah la subjek kebencian.setiap kali exam saya fail.boleh ke sy bw subjek ni??..tapi saya teruskan juga sehingga tamat walaupun tak suka dan tak faham pun apa itu Fizik!dan saya sendiri tak sangka saya tamat matrikulasi dalam tempoh setahun..herr3...

kemudian tiba masa untuk ke universiti.sewaktu mengisi borang UPU (pendaftaran ke u),saya memilih bidang kaunseling pada mulanya kerana saya mahu kembali kepada minat saya.tetapi ketika itu telah berlaku lambakan guru sejarah,pend islam,kaunselor dan bla3.kerajaan mewar-war kan bahawa negara kekurangan guru sains dan matematik!maka mak saya terus membankang hasrat saya utk menjadi kaunselor.alasannya guru opsyen itu sudah berlambak atau overload dan sekolah hanya perlukan seorang dua kaunselor sj.bila saya fikirkan,logik jg alasan mak saya..maka dengan tidak rela hatinya saya memohon guru dalam opsyen Fizik dan matematik..dan saya diterima masuk di UTM,skudai untuk mengikuti kursus sarjana muda sains serta pendidikan (Fizik) ketika berusia 19tahun...

4 tahun di unversiti mempelajari semuanya tentang Fizik dan matematik membuatkan saya sangat tidak gembira.saya x mendapat kepuasan dalam belajar,malah saya x faham pun apa yang pensyarah bebelkan didepan.semuanya tentang mekanik,optik,termodinamik,bla3..huh..4tahun saya menheret dada dalam subjek Fizik dan matematik yg tough2.semuanya seolah-olah dicipta bukan utk otak saya.tapi yg sgt membantu saya di universiti adalah subjek pendidikan iaitu psikologi,microteaching,pengukuran dan penilaian,ict dalam pengajaran.semua subjek pendidikan saya skor A sebab saya tahu kelemahan saya di mana.dan sekali lagi tanpa perlu extend saya berjaya mendapat ijazah pendidikan Fizik yg melayakkan saya menjadi cikgu Fizik ketika berumur 23 tahun!..her3

tiba-tiba pula ketika itu,kerajaan mewar warkan bahawa posting guru untuk tahun 2010 mungkin akan dibekukan selama 2 tahun!(kontroversi saja dari kerajaan  +_+) mak saya pula sudah kalut takut anaknya menganggur di kampung selepas mendengar berita itu.maka mak sy mencadangkan agar saya menyambung master di UTM.saya yang takut menganggur ini menurutkan saja kata mak saya.tapi sekali lagi saya cuba berbalik pada minat saya iaitu bidang psikologi,saya mengisi borang master dengan yakin dan konfiden untuk memohon kursus sarjana bimbingan dan psikologi yang ada ditawarkan di UTM.Namun,halangan datang pula dari pensyarah penasihat saya.dia berkata,jika mahu buat master,seeloknya buatlah bidang yg sama dengan ijazah,barulah betul-betul dikatakan master.jika ijazah bidang fizik tiba2 master kaunseling,itu bukan melambangkan master katanya,itu cuma melambangkan yg saya tidak punya pendirian yg tetap..hmm saya kemudian pulang dan berfikir panjang...

akhirnya saya mendaftar diri untuk master dalam kursus "sarjana pendidikan Fizik"..nah sekali lagi Fizik dan saya tidak dapat dipisahkan...tp apa yg saya rasakan,jiwa dan minat saya tetap bukan dengan Fizik..saya perlu menulis penyelidikan tentang Fizik dan sampai sekarang,sudah 2 tahun masih belum siap2..saya x gembira melakukan tesis saya,saya x ingin tahu apa hasil kajian saya kerana saya x berminat dalam bidang ini.seolah-olah ada satu perasaan memberontak dalam jiwa saya yg telah sampai kemuncaknya setelah sekian lama saya memaksa diri utk terima dan belajar Fizik ketika di matrix dan universiti..

tapi saya masih rasional,,disebalik pemberontakan yg berlaku,saya masih ingat harapan kedua ibu bapa saya,harapan suami saya,perjalanan master yg sudah separuh sy lalui dengan pointer terkumpul sebanyak 3.87..sayang jika saya berhenti separuh jalankn?dengan yuran beribu-ribu saya habiskan tanpa srbarang pinjaman.....saya akur,perjuangan perlu diteruskan!oleh itu,setelah berumur 26tahun dan melihat kebelakang sejenak liku2 hidup saya,ada beberapa kesimpulan yg saya dapat buat dari cerita saya ini:


1)tak semua yg kita inginkan,mahukan akan kita dapat dalam hidup..mungkin yg Allah takdirkan inilah sebenarnya yg terbaik..mungkin angan-angan saya dulu nk pulang memohon mengajar di maktab perguruan Terengganu 10 tahun akan dtg AKAN tercapai?..wallahualam.

2)ada perkara yg kita rasa x boleh nak lakukan tapi jika kita paksa kita sebenarnya boleh buat!..sy sangat tak suka Fizik, tp sekarang sy boleh mengajar Fizik tingkatan 4 dan 5 selama satu jam lebih dgn tengok tajuk saja. Macam dah ada sebijik buku Fizik dalam otak sy..hehe ajaibbb...

3)kita boleh buat macam2 perkara namun yg kita minat saja akan memberi kepuasan.maka turuti lah minat dr sendiri.jgn terpengaruh dengan orang lain.

4)semua yg berlaku adalah dari Allah.perjalanan hidup saya ditentukan begini dan syukur alhamdulillah atas semua yg sy miliki hari ini.

5)doakan saya dapat menyiapkan thesis secepat mungkin dan graduate!amin! (mungkin jiwa sy nk graduate sambil dukung baby kot sebab tu xnk siap cepat2,,,=p..alasan ini khas utk suami saya..kah3)

inilah yg saya lakukan selama 2 semester,kalau kertas tu boleh tembus dah lama tembuss....hehe



p/s: so,adakah anda sudah tahu kenapa thesis sy tak siap?her3...fikirla sendiri.

2 comments

February 26, 2013 at 9:53 PM

oooo. ni kisahnya dia. ekeke! sama2 lah kita cekalkan hati walaupun paksa relaaa. huwaaaa :(

Reply
May 29, 2013 at 4:08 PM

Yup dear! Mari kita kuatkan hati kita.smoga kt cpt2 grade ha ha ha

Reply
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...