Impian baru

0 comments

Malam ni adalah malam 1 ramadhan..bersamaan 10 julai 2013.ketika bersiar-siar di Google, saya terjumpa blog cara mendidik anak mengikut cara islam yang sangat menarik membuatkan saya terinspirasi untuk mendidik Fateh seperti itu juga..anak pemilik blog tersebut berjaya menghafal 27 surah alquran seawal usia 3 tahun! Hebatkan?..dan saya berazam, untuk jadi ibu seperti beliau.inferens saya, jika beliau seorang bekerjaya boleh maka saya pun boleh!..hipotesisnya pula semakin cepat saya bermula semakin baik hasilnya..sekarang fateh hampir berusia sebulan.waktu yang sesuai untuk bermula kerana waktu kritikal perkembangan otak bayi adalah dari 6 bulan didalam perut ibu sehingga 4 tahun sahaja..dan saya bertekad taknak lepaskan masa keemasan ini..oleh kerana saya masih di kampung berpantang dan tiada kemudahan teknikal seperti cd, pc serta kebolehan deria penglihatan fateh pada umur sebulan pun hanya jelas pada jarak 15-30inci saja maka saya akan gunakan pendekatan voice learning dulu..caranya senang saja, setiap kali fateh menyusu saya akan bacakan alif, ba, ta dan seterusnya kerana waktu menyusu biasanya mata fateh akan memandang muka saya dan mengikut baby center, pada usia sebulan, wajah ibu adalah perkara yang paling menarik bagi bayi ketika ini . hehe...so! Target saya  bila umur setahun lebih fateh sudah boleh menhafal alif ba ta dan mengenal  bentuknya..amin! So, jom bereksperimen!:)...

..................tapi kenapa alif ba ta? Bukan abc atau 123?......................................

Sebab...saya yakin dan percaya kata2 ni:

JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT, DUNIA AKAN DATANG PADA KITA.

Lagipun abc dan 123 die boleh belajar di tadika nanti...klo semua dia dah pandai, takde kerja la pula cikgu dia nanti.hehehe..:p

P/s:tenkiuu so much pada blogger Darwishndarwishah yg sangat menginspirasi saya untuk jadi umi yang terbaik! Cayok!!



Selamat bersalin.

0 comments

Hari ni 20/6/13, genap seminggu fateh dilahirkan tapi sakitnya masih terasa-rasa.ditambah dengan luka jahitan epi yg masih belum sembuh sepenuhnya..nak duduk, jalan, kencing apatah lagi berak semuanya seksa.hehe..tapi bila tengok muka fateh..lupa sekejap semua tu..magik betul perasaan seorang ibu..

Entry kali ni juz nak tulis pengalaman melahirkan fateh, anak sulong umi dan ayah..semoga dapat dibaca oleh fateh bila dia besar kelak bagaimana perit uminya berjuang untuk membawa dia ke dunia ni dan menjadi anak yg soleh sesuai dengan nama yang dipilih ayah muhammad al fateh.;)

..........................................................
13/6/13
Pukul 12 tengahri,hari ni fateh sudah overdue 8 hari.umi dan ayah ternanti2 fateh keluar..umi mula rasa sakit sikit2 macam period pain tp x la kuat mana..dalam setengah jam sekali.sempat lagi umi mengedit tesis umi.hehe..tapi bila umi ke toilet dah ada lendir2 coklat campur darah.teruja betul umi sebab tanda kelahiran dah muncul.apa lagi terus kol ayah di ofis bagitau.ayah terus risau dan amik half day kerja.standby untuk hantar umi ke hospital..

Jam 3.30 ptg..
Umi dan ayah ke hospital.doc cek bukaan baru 2cm.kecewanya umi.lambat lagila fateh nak keluar..doc bg pilihan samaada nak stay di wad yg penuh, atau nk balik.umi bertegas nak balik sbb lagi selesa sakit di rumah..

Jam 9.00 mlm..
Sakit umi dah 5 minit sekali..dah x mampu nak bercakap time contraction datang.ayah ajak ke hospital dan umi yang tengah sakit angguk je.sebelum tu umi minta sembahyang isyak berjemaah dengan ayah.yelah mana tau ini solat umi yang terakhir ke..hehe..touching plak....

10.30mlm..
Di hospital, doc cek bukaan serviks tapi baru 3cm.aduhai..umi dah sakit berpeluh2..mmg kecewa..tapi doc tolak juga masuk ke labour room.bersiap sedia untuk proses bersalin.waktu ni ayah tak dibenarkan masuk lagi.di Hsi, labour room mmg betul2 bilik.satu ibu satu bilik, bukan ditutupi tabir je.memang selesa..tp dekat situ la azab nk bersalin bermula.huhu..mula2 dtg doc lelaki untuk cek jalan dan pecahkan air ketuban.sakitnya bila doc tu agak kasar..barang pun main hempas2 je.doc muda agaknya tengah praktikal kot dan perasan hensem (mmg la dia hensem tp hensem lg ayah fateh.hehe)..dia boleh cakap kt umi,."pn, jgn malu saya professional. Susah sy nak buat kerja kalo pn mcm ni.." umi jawab "saya bukannya malu, tapi sakit! Doc buat kasar sangat!"..amik kau.hehe..sebelum tu doc masukkan tiub untuk buang air kencing..ya Allah ngilunya bila tempat paling sensitif dimasukkan tiub halus..kemudian tangan umi dicucuk untuk masukkan air dan ubat induce untuk cepatkan lg bukaan..kira2 satu jam kemudian siap semua proses ni.huhu..kemudian nurse panggil ayah masuk....lega!

2a.m,14/6/13
Doc dtg untuk cek jalan..baru 5cm.waktu ni contract ion umi dah 3 minit sekali..sakitnya sampai mrnggigil satu tubuh tahan.nurse ada bagi satu mask gas yg boleh disedut jika sakit.bagi umi, gas tu x la membantu sangat cuma maybe secara psikologi ia membantu.at least bila sakit, kita ada something nk buatkan konon2 nk hilangkan sakit.gas tu bila terlebih boleh menyebabkan mamai dan loya.waktu umi sakit, ayah dengan gigihnya melekapkan mask pada hidung umi sambil mengajar teknik bernafas yang betul.."tarikkkkk,,, lepasss,,, tarikkk,, lepass".walaupun untuk bernafas saja, umi dah lupa caranya bila sakit datang..ayah sangat membantu umi waktu ni..setia disebelah umi diatas kerusi dari 11 mlm hingga fateh lahir 1tghari esoknya walaupun ayah demam...

Jam 4am..
Nurse datang cek jalan dan buang air kencing.masih 5cm..tak ada perkembangan.yang bertambah sakit umi..kontraction dtg hampir 2 minit sekali.tiada rehat langsung..baru terlelap seminit, dah sakit balik..sakit sangat macam nak patah pinggang dan entahla tak dapat nak gambarkan sakitnya bagaimana. .

Jam 6am...
Umi mmg dah mulai mamai kesan gas penahan sakit..bila umi terlelap ayah beberapa kali memanggil umi, mungkin ayah risau takut umi pergi senyap2 tinggalkan dia..hehe..tp umi masih ada dan cuba senyum untuk ayah...waktu ni umi minta ayah telefonkan tokma n tok bah di kampung.walaupun dalam labour room tak dibenarkan guna hp tp umi nak juga . walaupun umi dah minta maaf siap2 sebelum masuk labour room tp umi nk juga minta maaf lagi sekali..sudah 8 jam umi di labour room dengan sakit yang amat sangat, umi mula terbayangkan mati..waktu tu ntah kenapa hati mula redha kalau tuhan nak cabut sj nyawa umi sebab sakitnya dah tak tertanggung lagi.kemudian ayah minta izin untuk solat subuh..walau keberatan tapi umi biarkan ayah pergi ..

Jam 7am..
Doc cek bukaan baru 6 cm..umi mula merayu dalam mamai untuk czer..tp doc cakap apa tah umi da tak ingat.yg umi ingat doc beritahu lagi 2 jam kita wat keputusan

maknanya pukul 9 pagi.umi mcm nk gila dengar.terpaksa tahan sakit lagi 2 jam.... Jam 9.00 am.. Doc pakar datang cek bukaan.waktu ni dah 8cm.dia tolong bukakan jalan dengan tangan.yaAllah.sakit! Cek jalan pun dah sakit, inikan pula di tekan2 supaya cepat terbuka.tuhan saja tahu...kemudian doc cakap kita tunggu pukul 12.30 tengahri tengok macam mana.czer or normal.. Jam 12.30 pm. Doc dtg dan cek.bukaan dah 9cm..doc mula bersiap2 untuk proses bersalin.tak perlu tunggu 10cm sbb dah sakit lama sangat..tiba2 bilik menjadi ramai.3 org doktor dan 4 orang nurse datang memberi semangat..ayah gigih memberi semangat supaya umi tsk give up..umi dah x sedar apa dah masa tu..terlalu sakit..akhirnya doc buat kputusan untuk vakum dan tarik fateh keluar..doc juga gunting tp umi mmg tak rssa apa2 sebab semua tempat sakit..akhirnya 1.14pm, doc letak fateh atas dada umi.umi cuma mampu pandang..nak pegang fateh pn umi dah tak mampu... Bersambung...

Overdue

0 comments

Hari demi hari tunggu Fateh keluar tapi tak nak juga keluar.dah seminggu umi dan ayah pujuk tak nak juga..sampaila hari ni Fateh dah overdue 2 hari tau.sepatutnya 4 jun dah keluar tp 6 jun still lagi dok menendang dalsm perut ummi.hehe..tadi last check up di klinik kesihatan.doc bg tempoh sampai 11jun means 5 hari lagi untuk Fateh keluar sendiri.kalau tak keluar jgk terpaksala induce sebab Fateh xleh la dok lama2 dalam perut ummi..kt luar ni dunia luasss lagi untuk Fateh..ayah Fateh tu dah tak sabar nak main dengan Fateh, nak mandikan Fateh tau....hari-hari ayah cakap "keluarla Fateh,dah 9 bulan lebih dok ngn ummi..dok ngn ayah la pulak "...hehe...minggu lepas ummi cek berat Fateh baru 2.45kg..tadi terkejut umni berat Fateh dah 3.1kg...yela cuti sekola ni mmg segala makanan pergi kt Fateh je,umi dok rehat je depan tv..masa sekolah hari tu Fateh x cukup makan sebab ummi yg guna banyak tenaga.hehee....esok hari jumaat, hari yang paaaling bagus untuk Fateh keluar. Ke nak tunggu 8/6? Sama besday dgn ayah cik dan abg mat shahir..hehe.......cpt kuar tau!



kisah suami nak tukar kerja

0 comments
haaa...tengok tajuk pun dah boleh faham kan,,tapi yang nak bincang kat sini kronologinya dan hikmah disebaliknya. walaupun bunyi macam senang, nak tukar kerja saja tapi dilema tetap ada.tak sesenang yang disangka rupanya.Kisahnya bila suami tak semena-mena dapat panggilan telefon untuk datang interview di sebuah kilang kawasan tempat dia kerja sekarang. Dia pun tak ingat bila kali terakhir dia hantar resume di job street.hehe...maka dengan semangatnya dia pun pergilah interview diiringi doa oleh isterinya. Position yang ditawarkan pada suami adalah Design Enggineer,tapi... beliau gagal....opss tak habis cerita lagi..gagal untuk jawatan tu je,tapi sebaliknya bos di kompeni baru itu menawarkan beliau jawatan yang lebih tinggi iaitu sebagai Project Enggineer ketika sesi interview stage kedua kerana berasa yakin dengan kekredibiliti beliau semasa interview terdahulu. Yang saya tak percaya bila suami cakap interview berlangsung dengan speaking english kerana syarikat tu syarikat international,ada 18 biji seluruh dunia (dengan saya tak ada pun speaking2..boleh ke?haha).. maka beliau pun pulanglah dengan senang hati kerana ada can untuk bertukar tempat kerja dan mendapat kenaikan gaji yang baik..bak kata beliau,rezeki anak kami tak pasal-pasal dia dapat interview saat fateh nak lahir..boleh la cover belanja fateh yang bakal mencecah 500 sebulan nanti.alhamdulillah.

Kemudian, beliau dengan bersemangatnya menaip resign letter untuk kompeni yang dia sedang bekerja sekarang dan menghantarnya. Maka bermulalah dilema yang menyebabkan dia tak dapat tidur malam sehingga lewat bangun nak pergi kerja,maka dengan lajunya saya cakap amik je halfday,,boleh teman saya kt rumah.alang-alang dah bangun lambat.hehe (bagus ke tak bagus bini camni sebab bini pun tidur terbongkang sama naik?=P)..dilemanya bila bos kompeni sekarang memujuk-mujuk beliau untuk stay, dan jangan berhenti.bukan seorang,3 orang yang memujuk.semua orang atasan pada beliau.lalu beliau stress apatah lagi memikirkan offer yang hebat dari bosnya jika dia kekal.ehehe..semua macam pantas je,,tak pasal-pasal bos dia offer kenaikan gaji yang sama dengan tempat baru berkuat kuasa bulan ini jugak (jun) padahal bulan 1 hari tu baru bos dia naikkan gajinya rm500.ark3...seterusnya, bos dia memujuk lagi dengan mengatakan suami sangat berpotensi dalam kerjayanya sebagai jurutera mekanikal, boleh diharap, bagus,,bla2...maka mengikut polisi syarikat ini, setelah 5 tahun berkhidmat (suami sudah berkhidmat 3 tahun),syarikat akan hadiahkan sebuah kereta kepada beliau (boleh pilih nak kereta apa...mitak toyota alphard boleh x?kah3) dan saham dalam syarikat (syarikat untung berjuta-juta setahun, kalau dapat 1% share pon dah berapa puluh ribu tuu....)lalu suami terus jadi pening..pening sepeningnya kerana dia dah tak suka bekerja disitu kerana beban kerja yang sangat banyak tapi offernya agak bagus...haishh.

Bila suami cakap nak tukar kerja sebab gaji,nanti dah nak ada anak,boss nya up kan gaji,bila suami cakap kerja terlalu banyak, boss nya cakap dia dalam proses mengambil dua orang lagi enggineer untuk cover kerja suami.maka sudah tiada alasan lagi untuk dia berhenti........boss bagi masa 5 hari untuk memikirkannya.maka saya sebagai isteri pun cuba berfikir untuk mencari satu kesimpulan untuk dicakapkan pada suami supaya dia tak pening-pening lagi.hehe...nak dijadikan cerita, balik pada kisah interview semula. Pada 2nd stage intrview di syarikat baru, suami tetiba ternampak yang syarikat tersebut sebenarnya terlibat dengan pembungkusan arak (beer). Syarikat tersebut sebenarnya pengeluar mesin pembungkus dan customer2 nye terdiri dari nestle, f&N,milo,,pendek kata apa-apa saja yang nak kena bungkus..termasukla beer. Maka disitu sudah muncul was-was ataupun syubhah dihati beliau mengenai gaji beliau nanti.termasukla syubhah di hati saya kerana wang nya nanti untuk kegunaan kami sekeluarga.Kalaula jatuh haremmm.....habisla kami,bahkan kucing2,ayam, rebit dan mak ayah di kampung pun habisssslah.


maka, saya pun menggoogle la di internet  di laman web JAKIM mengenai hukumnya.sebab setahu saya apa-apa saja yang terlibat dengan arak waima pemandu lori arak pun hukumnya hareemm...saya terjumpa sebijik persoalan yang sama dengan kes suami saya. Orang tersebut bertanya perihal gajinya jika bekerja dengan syarikat yang mengambil tender dengan pembungkusan arak. Dengan tepat dan padat, JAKIM menjawab hukumnya haram.kerana mendatangkan syubhah kerana bersubahat dengan perkara haram. Lalu saya tunjukkan pada suami artikel itu supaya dia boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk sendiri. Saya cuma mahu membantu menunjukkan jalan saja, yang mana harus dipilih..(baik tak bini dia kali ni?hehe)...harap-harap saya dapat membantunya...kemudian,saya terus berfikir lagi ayat apakah yang paling sesuai untuk saya ucapkan pada suami untuk membantu menghilangkan kekusutan fikirannya...lalu saya cakap:

"Abang, mungkin Allah sebenarnya nak menurunkan rezeki pada anak kita,sebab itu tiba-tiba datang interview di saat2 fateh hampir lahir. Tiba-tiba saja dengan semua yg jadi ni gaji abang naik lagi sebab bos sayang nak lepaskan abg. Dalam masa yang sama, Allah terus tunjukkan jawapan pada abang pilihan apa abang yang perlu buat sebab tu abang tiba-tiba ternampak kilang tu sebenarnya sedang buat projek pembungkusan arak.Semuanya dh jadi jelas......itulah hikmahnya dilema yang melanda...kan abang kn?"

Kesimpulannya,,,,setiap anak ada rezekinya masing-masing...semoga suami saya bulatkan hati dengan pilihannya. Saya dah cuba membantu setakat yang boleh sebagai isteri...menjadi penunjuk cara dalam masa yang sama apa saja suami saya lakukan saya akan sokong 1000% dari belakang!hehe..terima kasih sudi baca....semoga ada hikmah yang dapat diambil.Apa pun,syukur pada Allah...pemberi nikmat dan pelega kesukaran....alhmadulillah.








Hari-hari terakhir sebelum bertiga..

4 comments
Hari ni genap kandungan saya 38 minggu.maknanya tinggal lagi 2 minggu untuk jadi bertiga ataupun 14 hari lagi.dan saya masih bekerja untuk hari-hari terakhir menjelang cuti dengan macam2 perkara perlu disiapkan sebelum bercuti panjang kerana sy tak mahu waktu cuti saya diganggu nanti dengan kerja separuh jalan saya tinggalkan..semoga cuti saya kelak aman dan tenteram.hehe..bila sudah akhir-akhir begini macam-macam perkara sy fikirkan..dan saya perasan sebenarnya ada satu perasaan pelik yang muncul sejak akhir-akhir ni.rasa sedih..mungkin sindrom baby blues sebelum bersalin kot.haha..saya asyik terfikirkan bagaimana la sakit bersalin dan melalui pembacaan saya di blog2 senior yg lain sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.dan ada juga cakap seperti tulang dipatah-patahkan.malah ada juga saya baca saudaranya meninggal dunia akibat komplikasi sewaktu bersalin.semua ni membuatkan saya rasa sedih.tapi apapun saya tetap kena hadapinya kan..lumrah seorang wanita.sedangkan ramai lagi wanita lain diluar sana yang bersusah payah untuk merasai pengalaman ini takkan la saya nak lari kan..maka akibat kesedihan dan kerisauan itu, saya menjadi lebih sensitif terhadap en.suami.saya inginkan masa berkualiti dengannya,hanya saya dan dia.entah mengapa saya menjadi risau,risau kalau-kalau ini adalah 2 minggu saya yang terakhir.2 minggu terakhir saya dapat melihat dia.saya belum bersedia..dan bila saya beritahu pada suami saya,dia pasti marah dan cakap saya merepek.kalau saya pun saya tak suka..hehe...tapi hakikatnya inilah yang saya rasa.bukan reka-reka tapi datang dengan sendiri...tapi saya malas nak layan sangat,saya sibukan diri dengan urusan kerja yang banyak sebelum bercuti.Oleh kerana saya menggunakan tenaga dengan maksimum ketika disekolah (bak kata suami saya,saya selalu terlebih guna energy ketika buat kerja sebab tu cepat penat,haha) maka bila malam saja saya sudah kepenatan dan tak tertulis tesis yang umpama telur dihujung tanduk.sipi-sipi lagi nak jatuh.dan saya stress sendiri.haha..tapi sebenarnya saya malas nk stress2 dan terlalu memaksa diri.sebab saya tahu kalau saya keletihan,ada yang lebih letih dari saya.anak dalam kandungan.kesian dia,,tiada pilihan tapi terpaksa saja mengikut rentak saya..oleh sebab itu saya selalu berpesan pada anak saya supaya keluar tepat pada masanya iaitu 4 Jun 2013 kerana waktu itu,sekolah sudah pun mula bercuti, tesis saya juga sudah siap, suami, kakak (yang akan ambil cuti seminggu untuk menjaga saya) benar-benar telah bersedia. itulah hari yang tepat untuk kita jadi bertiga. =)


4 comments

Post a Comment

Binatang dan pregnancy

2 comments
Saya pregnant 10 bulan lepas berkahwin..agak lambat bg sesetengah orang yg kebanyakannya terus bunting pelamin.dan oleh kerana saya ada membela kucing iaitu boboi dan wawa..maka dengan sewenang-wenangnya mereka berkata.."bela kucing memang susah nk mengandung..ada virus..bla3.."tup-tup sy mengandung bila saya stat diet(berat saya naik 10kg lepas kawin)..lalu mereka terdiam......her her her...saya pernah adukan pada ma saya perkara ni, sudah tentula ma saya akan back up saya memandangkan ma saya pun pencinta kucing yang tegar.ma saya cakap,, "anak tu rezeki dari Allah..kalau tuhan nak bagi, Dia akan bagi.bela la gajah rimau pun, kalau rezeki anak tu akan hidup rimau pun xkan makan..inikan kucing, anak ma ade 5 ape..xde masalah pun bela kucing.." saya pun berlapang hati dan percaya 100% dengan ayat power ma saya.
Kemudian, saya pregnant.selepas saya dan suami membeli rumah dan berpindah..kami mulakan hidup baru dirumah baru dengan orang baru dalam rahim saya.indah sungguh .tapi macam biasalah ramai pulak bertanya tentang kucing-kucing kesayangan saya.."jgn pegang/main/sentuh kucing masa pregnant, bahaya!"..hmm..ok dulu cakap tak boleh pregnant ada kucing, sekarang bahaya pulak.ok, walaupun saya tak suka mereka cakap begitu namun saya terima nasihat mereka yg lebih dulu beranak pada saya.saya mula mengoogle di internet..dan jumpa pasal virus taxoplasma..virus ni asalnya berada dalam tanah, jika kucing memakan tikus tanah atau burung yg makan cacing dari tanah.maka kucing tersebut mungkin dijangkiti..selain tu, berkebun tanpa pakai sarung tangan pun memungkinkan kita dijangkiti.so kenapa kucing aje yang nak di persalahkan? Marah pulak saya..lagipun kucing-kucingan saya spesis berbulu lebat dan dikurung dalam sangkar masing-masing.tengok ikan goreng dalam pinggan depan mata pun dorang boleh buat muka not interested..apatah lg nk bersusah payah kejar burung.ohh memang tak la..dorang sangat berlagak dan hanya makan kibles yg berharga rm115 utk 7kg.lagi mahallll dari beras jati saya dan suami makan.ceh..so saya rasa percentage untuk dorang dijangkiti toxoplasma adelah 5% saja.itupun sebab dorang tak pakai selipar jalan atas tanah..
Sampai sekarang saya dah pregnan hampir 9 bulan, masih ada yg cakap "jgn main dengan binatang berbulu, bahaya! !"..haha saya malas nk layan.saya lebih suka menyerahkan semua pada Allah.saya dah mengambil pencegahan yang terbaik dengan menyerahkan segala urusan kucing kepada suami saya sebagai langkah berjaga2..tidak sesekali saya akan salahkan kucing jika berlaku sesuatu.itu semua takdir Allahkan...dan sekarang sudah mula ada nasihat2 yang menyatakan kucing tidak bagus untuk bayi baru lahir (pulak!) Dan bertanya saya dimanakah saya akan letak kucing2 saya bila bayi sudah lahir nanti..konfius saya kenapa mesti ada soalan tu..hehe...
Mereka tidak faham perasaan saya terhadap kucing2 saya, sudah umpama anak.lalu saya jawab "kucing tu semua tak akan kemana-mana.itu rumah mereka, kucing saya akan dapat adik baru cuma berlainan spesis sj..bukan 1 masalah besar"...
Dan hasil analisis yg saya buat berdasarkan nasihat2 yg sy terima berkaitan kucing yg negatif adalah dari orang yg memang sejarahnya tak sukakan kucing, lalu mereka menuduh makhluk kesayangan nabi ni sebagai sumber pelbagai virus.nak aje saya cakap pada mereka tak perlu bela kucing utk virus, cek je tilam katil  sendiri bawah mikroskop dan tengok berapa bilion kuman, hama, bakteria dan virus beranak pinak pada tilam yg tak pernah kita basuh tu.itupun kita masih tidur dengan lena dalam senyuman.haha..apela...manusia..manusia..inilah saat yg tepat untuk saya sebut pepatah "kuman diseberang nampak tp gajah depan mata tak nampak!"...***ayoyo!tepuk dahi!***



2 comments

Post a Comment

31 weeks~

0 comments
alhamdulillah selamat sampai ke trimester ke 3.kurang dr 2 bulan lg utk mendakap putera hati yang dinantikan :)..yay!dan byk perubahan2 yg berlaku pada sy..hoho

1)sy dah x larat nk pergi pasar seorang diri.angkat ayam sekilo,ikan sekilo pon rs dah ckp berat..siap kena buat 2-3 trip angkut barang ke kereta =_=!

2)bila berjalan dh mula rasa ngilu di bahagian pelvis..mungkin kepala baby dh menekan bahagian tu..

3)bila baby bergerak,rasa nk terkencing sebab baby sudah besar dan menghimpit pundi kencing saya.

4)selalu bangun malam utk kencing..menyebabkan tidur terganggu dan mengantuk di sekolah...

5)suda tidak ada posisi tidur yg selesa,kalau tidur terlentang sakit belakang sebab berat uterus menekan saraf tunjang..ini yg sy baca la..kalau mengiring lenguh bahu..meniarap konfemla x boleh.hehe..semua serba x kena..hmm

6)krem kaki yg sgt kerap..sakit giler tp nasib baik en suami akan terus bangun urutkan kaki bila dengar sy menjerit tiba2 mlm2 buta...huhu..terima kasih ayg..

7)dh x boleh mengajar dengan suara yg kuat dlm tempoh yg lama mcm dlu sbb semput.suara mest jd menggigil..hahaa

8)panas yg amat tubuh.mmg x tahan...hhhuhu..kalau boleh x pakai ape2 lg bagus..haha

rasanya tu je kot,ntah la kot ade yg terlupa...hoho




scan 4D my baby

0 comments
semalam kami pergi buat scan baby dekat polikinik Yuslina, Taman cendana...lama juga menunggu hampir sejam sebab klinik tersebut teramatla ramainye org x mcm klinik2 swasta yg lain..sampai x cukup kerusi nk duduk.nasib kami awal.ehehehe...sepanjang menunggu tu, baby tak habis2 menendang..excited eh nk jumpa umi dan ayah?hehe..then, sejam kemudian nama sy dipanggil. teruja campur takut sebenarnya tapi awal2 dh set dalam kepala apa saja keadaan anak sy, sy akan terima dengan redha.termasukla ingtkan encik suami...=)

masuk bilik Dr, terus baring.Dr sgt la ramahnya,,,mungkin sebab tu ramai orang dtg ctu kut....bila scan, baby sgt baik,terus tunjukkan muka dia sambil buat mulut muncung..so bibir dia jadi tebal.Dr siap ckp lagi,kempunan nk makan apa ni sampai mulut terjuih.ayah kena carikan tauu...hehehehe....masa tu,perasaan ni seronok sangat lihat anak sendiri dalam perut. wah x sabar pulak tunggu dia keluar.hehe...pastu masa tu jugak kami berteka-teka ikut muka sape la ni,,mcm umi x,,mcm ayah pn x,,,pastu sy teringat gambar encik suami masa kecik,eh mcm ade irasla!hmm,,,ikut ayah la ni.hehehe.....ayah die pun setuju mcm die....apapun, umi dan ayah gembira sangat dapat jumpa baby,,bagus anak umi tunjuk muka,,,x sia2 umi pujuk mkn kek secret recipe n ayam golek malam sebelumnya.haha....good boy!next, gambar2 baby yang berjaya dirakam,,,,,,,cekidoutt,,,=)

                       baby tengah muncung mulut,,,bibir tebal,cekci!=pyg ni mcm muka ayah....=)


                           baby sedang tunduk...masyamnye muka die...dah ngantuk eh?hehehe


                             baby tengah menguap...yang depan muka die tu tali pusat,besarkn?



oh yer!baby sekarang berumur 28 minggu 5 hari dengan berat sebanyak 1.335kg..lg 11 minggu dan kurang untuk umi jumpa baby......wink2*>,< ..duduk baik2 tau baby.syg kamu!mmuah!



maafkan umi,syg~

0 comments
sejak hari senin 26 feb sampai hari khamis 28 feb,saya tiap2 hari ke utm menguruskan pembayaran yuran dan pendaftaran subjek.penatnye tuhan saja yg tahu..balik saja dari sekolah terus ke Utm..3 hari berturut2..dengan tghari yg panas terik,parking jauh dari fakulti dan berjalan naik bukit,tangga dengan kaki yg sembab.sikit lagi rasa nk pengsan..ada saja yg x kena,nak byr yuran,pejabat bendahari tutup,nk ambil sain dekan,dekan meeting la..esok dtg ye dik,,perhh kerani tu xtau sy dh la tgh sarat,dh nk masuk 7 bln,dtg semata2 nk ambil sain dekan saja utk sehelai borang dari pasir gudang.kecewanya hati.hari ke 3 di Utm masih sia2..saya pulang membawa bdn yg penat,hati yg serabut dan otak yg stress..3-3 hari tu jgk sy cuma lunch dgn sebungkus roti sj yg dibeli di petronas waktu berhenti solat zuhur..sy terlupa sesuatu..huhu

cukup hari ke-3 yg amat stress kerana urusan di utm yg tak setel2..air mata saya jatuh..sy penat!stress!kemudian baru sy teringat,dah lama sy tak rasa ank dalam perut bergerak..entah sehari atau 2 hari saya pun tak sedar.saya terlalu sibuk dgn urusan sekolah dan utm sampai terlupa!masyaAllah..maafkan umi,syg,.sy mula panik,tepuk2 perut,usik2 supaya si kecil ni bergerak tp tiada respon..sedihnya hati kerana tanpa sedar sudah terabaikan dia.risau sampai menangis-nangis takut perkara buruk berlaku..dan sy call suami utk tenangkan hati..

bila suami balik,dia memujuk sy supaya jgn sedih n jgn fikir bukan2 dan ajak ke klinik..air mata sy x payah ckpla,lg la lebat dgr pujukan suami..:')..kmudian kami terus ke klinik,dan bgtau Dr.Dr terus scan,dan rs nk menangis time tu jgk bila tgk denyutan jantung si kecil masih berdegup laju..syukur ya Allah..dan sy nmpk tangannya bergerak2 cuma sy x dapat rs seperti selalu..mungkin kerana sy terlalu penat,dan terlupa jg mkn minum 3 hari ini menyebabkan baby turut sm lemah.,kesian anak umi.....:( kemudian sy minta diberikan mc oleh Dr kerana sy perlukan rehat...sy sudah terlalu penat..

hari ke-4,sy tak bekerja kerana mc tapi seawal jam 9 pg sy gagahkan diri ke utm untuk meneruskn misi yg gagal.dgn harapan dapatla tghari ni sy pulang ke rumah dan terus rehat..anak saya masih lemah pergerakkannya.tp sy terpaksa kerana tarikh ttp pndaftaran adalah esoknya.nk x nk sy kena dtg jg..sampai di pejabat dekan,kerani tersebut bgtau sy bhawa borang sy masih belum ditandatangani,dekan baru sj keluar meeting dan balik tgahri nanti dalam pukul 2-3 dia pun x pasti.hancur hati sy..hanya kerana 1 tandatangan,sy kepenatan 4 hari.terasa betul2 masa sy diperlekehkan.,sy menangis dalam pejabat dekan tu juga.sy dah x peduli pada org yg lalu lalang.itulah kemuncak stress yg amat dasyat sy rasakan..sy x tahu nk fikir apa.harapan utk pulang berehat awal nampaknya dh hancur..malah saya terpaksa tggu di utm sampai petang.sepanjang perjalanan ke kereta,sy menangis.sy xnk menangis sebab malu dilihat org tp entahla air mata sy laju je mengalir.mungkin org yg lihat pun fikir kenapa la dgn perempuan ni,dh la sarat,menangis plak tu.kesian anak dalam perut...

kemudian sy ke jusco,melilau tanpa tujuan.penat brrjalan sy masuk ke kereta.rehat.kemudian sy ke giant,sampai di giant sy duduk sj dalam kereta dan tertidur kepenatan di tempat parking kereta selama 2 jam!lepas tu sy masuk ke giant utk melawat kedai haiwan peliharaan kesukaan sy dan suami dulu.rupanya kedai tersebut telah ditutup dan diganti dengan kedai alat komputer barangkali,sy x pasti.sekali lg kecewa..sy terus solat,basuh muka dan hilangkan kesan sembab menangis dan tidur..dlm hati,memujuk dr sendiri besar cabaran sy sem ini..xpela,sy redha.sy berdoa slps solat agar tuhan mudahkan urusan saya hr ini..sy ke kereta dan tak sampai 5 minit,dekan sendiri menelefon sy berkenaan borang itu.gembiranya sy..sy terus ke pejabat dia dan semuanya selesai!..alhamdulillah......tuhan maha mendengar...

jam 5 petang sy tiba dirumah,sy mkn byk2 dan tidur seawal 9 mlm utk rehat..dan hari ini hari ke-5,saya mkn byk2 lg utk cover mkn yg terabai 3 hari lepas dan sentiasa baring rehatkan badan.hasilnya anak sy bergerak dgm aktif sekali..mencuit2 dr dalam sampai sy kegelian.hehee..mungkin si kecil sudah mendapat tenaganya balik kerana sy telah mendapat rehat dan mkn yg cukup..maafkan umi,syg..kesian kamu kerana umi tak menjaga kamu dengan baik..umi janji,akan jg mkn,rehat selepas ni.umi taknak ank umi lemah lg...kamu lah segalanya utk umi (selepas ayah kamu) :)



kenapa thesis saya tak siap?

2 comments
ketika darjah 1,saya bercita-cita utk menjadi ustazah..setiap kali ditanya tentang cita2 saya pasti akan jawab "saya nak jadi cikgu"..(malu nk sebut jd ustazah,nanti digelakkan kawan2 sebab tudung pun x pakai)..tp jauh dilubuk hati saya,saya nak jadi ustazah!puncanya kerana seorang ustazah. Ustazah saya ketika darjah 1 saya masih ingat namanya iaitu ustazah Hamidah,ada tahi lalat besar disebelah hidungnya.beliau penuh dengan sifat keibuan dan sangat baik.saya admire dia sangat2 sehingga saya pun mahu jadi seperti dia..her3...

kemudian disekolah menengah,cita2 untuk jadi ustazah kian hilang seiring dengan hilangnya ustzah hamidah di mata saya.Dia,saya tinggalkan di sekolah rendah dan saya terus membesar menuju ke sekolah menengah.Di sekolah menengah saya tercari-cari cita-cita saya namun tidak ketemu apa yang saya suka.maka setiap kali cikgu bertanya tentang cita-cita saya akan memilih jawapan lazim iaitu "saya nak jadi cikgu"..walhal hati ini bukanla suka sgt nk jadi cikgu..

Tapi saya perasan pada minat saya kepada apa waktu itu,saya sgt sukakan subjek Sejarah,saya suka ke bilik kaunseling di sekolah membaca tentang emosi,psikologi,saya menyertai kelab pembimbing rakan sebaya..dan akhirnya saya yakin,saya nak jadi kaunselor!!ya,kaunselor!itulah minat saya..

kemudian saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi.di matrikulasi tiada pilihan yang saya suka iaitu psikologi.Matrikulasi hanya bidang sains sahaja dan saya ditawarkan kursus sains fizikal.ketika itu saya sudah kalut,Fizik saya bukan pandai pun dah la subjek kebencian.setiap kali exam saya fail.boleh ke sy bw subjek ni??..tapi saya teruskan juga sehingga tamat walaupun tak suka dan tak faham pun apa itu Fizik!dan saya sendiri tak sangka saya tamat matrikulasi dalam tempoh setahun..herr3...

kemudian tiba masa untuk ke universiti.sewaktu mengisi borang UPU (pendaftaran ke u),saya memilih bidang kaunseling pada mulanya kerana saya mahu kembali kepada minat saya.tetapi ketika itu telah berlaku lambakan guru sejarah,pend islam,kaunselor dan bla3.kerajaan mewar-war kan bahawa negara kekurangan guru sains dan matematik!maka mak saya terus membankang hasrat saya utk menjadi kaunselor.alasannya guru opsyen itu sudah berlambak atau overload dan sekolah hanya perlukan seorang dua kaunselor sj.bila saya fikirkan,logik jg alasan mak saya..maka dengan tidak rela hatinya saya memohon guru dalam opsyen Fizik dan matematik..dan saya diterima masuk di UTM,skudai untuk mengikuti kursus sarjana muda sains serta pendidikan (Fizik) ketika berusia 19tahun...

4 tahun di unversiti mempelajari semuanya tentang Fizik dan matematik membuatkan saya sangat tidak gembira.saya x mendapat kepuasan dalam belajar,malah saya x faham pun apa yang pensyarah bebelkan didepan.semuanya tentang mekanik,optik,termodinamik,bla3..huh..4tahun saya menheret dada dalam subjek Fizik dan matematik yg tough2.semuanya seolah-olah dicipta bukan utk otak saya.tapi yg sgt membantu saya di universiti adalah subjek pendidikan iaitu psikologi,microteaching,pengukuran dan penilaian,ict dalam pengajaran.semua subjek pendidikan saya skor A sebab saya tahu kelemahan saya di mana.dan sekali lagi tanpa perlu extend saya berjaya mendapat ijazah pendidikan Fizik yg melayakkan saya menjadi cikgu Fizik ketika berumur 23 tahun!..her3

tiba-tiba pula ketika itu,kerajaan mewar warkan bahawa posting guru untuk tahun 2010 mungkin akan dibekukan selama 2 tahun!(kontroversi saja dari kerajaan  +_+) mak saya pula sudah kalut takut anaknya menganggur di kampung selepas mendengar berita itu.maka mak sy mencadangkan agar saya menyambung master di UTM.saya yang takut menganggur ini menurutkan saja kata mak saya.tapi sekali lagi saya cuba berbalik pada minat saya iaitu bidang psikologi,saya mengisi borang master dengan yakin dan konfiden untuk memohon kursus sarjana bimbingan dan psikologi yang ada ditawarkan di UTM.Namun,halangan datang pula dari pensyarah penasihat saya.dia berkata,jika mahu buat master,seeloknya buatlah bidang yg sama dengan ijazah,barulah betul-betul dikatakan master.jika ijazah bidang fizik tiba2 master kaunseling,itu bukan melambangkan master katanya,itu cuma melambangkan yg saya tidak punya pendirian yg tetap..hmm saya kemudian pulang dan berfikir panjang...

akhirnya saya mendaftar diri untuk master dalam kursus "sarjana pendidikan Fizik"..nah sekali lagi Fizik dan saya tidak dapat dipisahkan...tp apa yg saya rasakan,jiwa dan minat saya tetap bukan dengan Fizik..saya perlu menulis penyelidikan tentang Fizik dan sampai sekarang,sudah 2 tahun masih belum siap2..saya x gembira melakukan tesis saya,saya x ingin tahu apa hasil kajian saya kerana saya x berminat dalam bidang ini.seolah-olah ada satu perasaan memberontak dalam jiwa saya yg telah sampai kemuncaknya setelah sekian lama saya memaksa diri utk terima dan belajar Fizik ketika di matrix dan universiti..

tapi saya masih rasional,,disebalik pemberontakan yg berlaku,saya masih ingat harapan kedua ibu bapa saya,harapan suami saya,perjalanan master yg sudah separuh sy lalui dengan pointer terkumpul sebanyak 3.87..sayang jika saya berhenti separuh jalankn?dengan yuran beribu-ribu saya habiskan tanpa srbarang pinjaman.....saya akur,perjuangan perlu diteruskan!oleh itu,setelah berumur 26tahun dan melihat kebelakang sejenak liku2 hidup saya,ada beberapa kesimpulan yg saya dapat buat dari cerita saya ini:


1)tak semua yg kita inginkan,mahukan akan kita dapat dalam hidup..mungkin yg Allah takdirkan inilah sebenarnya yg terbaik..mungkin angan-angan saya dulu nk pulang memohon mengajar di maktab perguruan Terengganu 10 tahun akan dtg AKAN tercapai?..wallahualam.

2)ada perkara yg kita rasa x boleh nak lakukan tapi jika kita paksa kita sebenarnya boleh buat!..sy sangat tak suka Fizik, tp sekarang sy boleh mengajar Fizik tingkatan 4 dan 5 selama satu jam lebih dgn tengok tajuk saja. Macam dah ada sebijik buku Fizik dalam otak sy..hehe ajaibbb...

3)kita boleh buat macam2 perkara namun yg kita minat saja akan memberi kepuasan.maka turuti lah minat dr sendiri.jgn terpengaruh dengan orang lain.

4)semua yg berlaku adalah dari Allah.perjalanan hidup saya ditentukan begini dan syukur alhamdulillah atas semua yg sy miliki hari ini.

5)doakan saya dapat menyiapkan thesis secepat mungkin dan graduate!amin! (mungkin jiwa sy nk graduate sambil dukung baby kot sebab tu xnk siap cepat2,,,=p..alasan ini khas utk suami saya..kah3)

inilah yg saya lakukan selama 2 semester,kalau kertas tu boleh tembus dah lama tembuss....hehe



p/s: so,adakah anda sudah tahu kenapa thesis sy tak siap?her3...fikirla sendiri.

2 comments

Post a Comment

hadiah dari mak long~

0 comments
thanks mak long n pak long sebab bg byk barang untuk baby..walopun tu sume brg echah yg baru setahun setengah tp barangnya x bewarna pink..so boleh la bby boy umi guna..ade stroller,car sit, buaian automatik, walker, baju2..semua masih elok lg.so umi dan ayh dh dpt jimat hampir seribu ringgit utk semua brg tu..hehe..alhamdulillah..rezeki baby...untung jgk umi jd ank bongsu...hihii...thanks kakak dan abgku..:))

construction

1 comments
okey this blog is under construction now!:)~by en.Tarmizi


1 comment

Post a Comment

harta kedua baby~

0 comments
ingat lg tak barang pertama bby iaitu set tilam n bakul yg mak ngah hadiahkan ms baby umur 2 bulan dulu?hehe awalkan....

skrg baby dh lima bulan setengah tau.tp umi x rasa pun lg baby gerak.cuma kdg2 rasa ada benda bergesel je kt dalam perut.baby la tu,,hehe.perut umi skrg dh makin besar,stretchmark pun semakin membiak2..perut umi da x cantik huhu..sedih.tp demi baby x apa la..hehe..

oh umi nk cerita ttg harta kedua bby,lupa plak.td umi n ayah pergi jusco taman u,nk cari hadiah utk abg firas anak untie yana yg baru berumur 2 minggu.comel sgt abg firas tau..geram umi tgk muka dia.hehe..so umi belikan dia beg utk jln2.siap ada tpt untuk botol susu spya x cpt sejuk.harganya rm37,baby kiko.ayah pun dh ckp nanti untuk baby pun ayah nak grab satu.senang nk jln2...

lepas tu umi n ayah pusing2..terjumpa set topi n stokin kaki dan tgn. kiut sgt.topi tu siap ada telinga lg.haha..sbb tu yg geram nk beli..tgk baju pun sume comel2..tp umi n ayh sabarrrr dulu sbb jantina bby pun blm tahu lg.so xnk beli lg baju2..so inila set topi tu..rm19.90...nanti bila baby dh berumur 6 bulan kt shoping baju ye..umi ingat nk shoping masa 7 bln je..tp mak untie yana ckp masa terbaik 6bln..takut bby terkeluar awal mcm untie munie.umur 7 bulan bby dh nk kluar.huhu..kelam kabut jadinya..baby jgn mcm tu tau,duduk elok-elok..bila dh ready semuanya umi bg greenlight utk bby keluar.heheheee...(boleh eh mcm tu?)...:p mmuaxx kiss dr umi dan ayah!


kraby~snorkeling trip(day 2)

0 comments
hari kedua di krabi kami teruskan dgn pakej snorkeling di phi phi island.harga pakej rm150 sorang utk fullday,dari 8.30pg sampai 4 ptg.tgk dr gambar2 bloger lain pehh mmg cantikla pantai2 kt sana menambahkan keterujaan kami.hehe..then jam 8pg kami dh turun dr hotel melilau-lilau cari kedai mkn nk brekfas..yg heran bin ajaib,1 kedai pun x buka.konfius pulak..rupa-rupanya dekat cni kedai utk brekfas kul 8 lebih baru buka.atuyaii..lewatnyeee..brekfas bubur nasi semangkuk, sandwich 2 kpg,teh n kopi.sume sekali rm19..pehh mahal2..

then jln2 kaki smpi di hotel,5 minit kmudian dtg ler van yg nk bwk kami ke tpt naik speedbot.dlm 3-4km sampailer.kt sn sume pelancong dibahgikan ikut kumpulan..dekat sn nnt bukan bot kt je tau,berpuluh2 bot dr plbagai travel agent ada.so make sure jgn tsalah naik bot k.hehee..lepastu vroom vrooomm enjin bot bunyi.mula2 slow tp lm2 amik kaww..tp xla dasat sgt sbb kami duk kt bontot kapal so bumping x kuat sgt,sesuai utk ibu mengandung cam i.hee..

sepanjang perjalanan pemandangan mmg ler teramat cantik.tpt2 yg dilawati byk spt phi phi lay,maya bay,monkey island,phi-phi island n ape yer satu lagi.luperr.. ponat i nk citer so better layan gambar je la yer.picture speak louder than work...aha lg 1,bot ni cuma berenti 2 tpt je utk snorkeling.berenti kt tgh2 alam k..so kt kna lompat dr atas bot.yihaaa!debushh!kami antara org ptma yg lompat..yela duduk kt bontot bot kn.hehe...bila dh snorkeling br tgk mak aihhh dalam jgk dalam 10m camtu.tp dgn life jacket yg mndapat kepercayaan penuh,no worries k!oh ya life jaket n snorkeling set akan diberikan oleh tourist guard.xyah sewa2 dh..tp kalo hilang sila byr rm150 k denda.wuwu~so make sure snorkling set tu jg bebetul ms dlm air k sbb benda alah tu kalo terlepas akan terus tenggelam..ko nk menyelam 10m p amik kt dasar laut.nk?nk?hehe...

then kami lunch dekat phi phi island,ala buffet.restoren mmg selesa,makanan taraf hotel yer..mmg sedap perhhhh...pehhh..seafood mmg segar2..pastu g toilet kt pulau tu( pun nk cerita ker??) haha..penting ni sbb toilet die pehhh bersih giler even beratus org guna dalam sehari.toilet bukan byk pun mcm RnR kita yg kt hgway tu..ade 3 bj jer tp mmg bersih.terpikir jap,kalau kt malaysia ni..hmmm hancuss..mengapakah?budaya kah?sbb kt phi phi island tu pelancongnye byk mat2 saleh yg lebih bertamadunkah??hmm entahla labu....

lepastu dalam kul 2,(jgn lupa niat jamak yerr)..aktiviti utk snorkeling.semangat ni!!tp bila terjun masuk air (adegan sama,u have to lompat dr bot k) rasa nk menangis tgk ikan n terumbu karang.ikan cuma yg adoo 1 spesis aje,itu pun bile tabur roti baru ikan dtg byk2.haha..so keje tourist guard tu adalah menabur roti dr atas bot..lucu betul..batu karang pula byk yg dh mati.dgr2 cite akibat tsunami dlu..sayang betul.laut yg cantik,air hijau kebiruan,dgn gunung batu kapur disekeliling tp bl masuk dlm air,outt!!huhu~so better p pulau2 di malaysia je la ye klo nk snorkeling.i dh snorkeling kt redang,mmg cantik!ikan mcm2 speasis n terumbu karang masih bewarna warni.gorjes!

but overall,sgt seronok jugak dtg krabi ni sbb ni 1st time bercuti dengan hubby di luar dr Malaysia(hehe..jakun),1st time dpt nek flight sm2 ngn hubby,1st time dpt berkayak ngn hubby,1st time dpt snorkeling ngn hubby,..sume bnda yg i teringin nk buat berdua dgnnya.yeahh!.

kesimpulannya,dr segi ramah,hospitaliti kt cni mmg terbaik,mknn bg kami agk mhl..(ke kami x jumpa kedai murah?ntahla),pengalaman dan pemandangan subhanallah mmg sgt cantik!!pergila ke krabi.pasti puas cuci mata dgn keindahan alam.hehee...jom kt cuci mata~~


baby moon di Krabi,Thailand

0 comments











 Dh tgk gambarkan?haa nk tau cerita lebih lanjut sila baca pula yer......hehe



hari pertama (12/1/13)-Malaysia.

flight kami dari Kuala Lumpur jam 7.15 pagi.Oleh kerana kami di Johor maka petang jumaat tu kami dh bergerak ke Kl dengan penuh gembira.hehe..sampai di Kl,berehat sebentar di rumah kakak dan pukul 4 pagi kami bergerak ke LCCT,airport..pukul 5.30 tiba di airport dan terus check in.solat subuh pastu masuk ke departure hall.tepat jam 7.15 kami pun terbang....weee...penerbangan Kl ke Krabi cuma 1jam 15 minit je tp sempat jugak tertido lepas puas cuci mata tengok awan yg gebu gebas...hehe

Krabi (hari pertama)

sampai je di Krabi tepat jam 7.30 pagi.oh ye,masa di Krabi awal sejam dari Malaysia tau..then, lepas melalui urusan imegresen yg agak slow macam siput,7.45 kami mula mencari teksi.banyak kaunter teksi di airport Krabi tggl pilih je mau naik apa..kami pun ambilla teksi ke Aonang (bandar tempat kami stay) dengan harga 600 bath (rm60) untuk 2 orang.wuu agak mahal tapi sebab nak cepat ambil sajalah.tapi rasanya berbaloi dengan teksi dan driver nye.kereta honda ape tah,baru dan hebat siap tulis limousine..dekat thai ni,beg besar gaban pn xde masalah sebab driver2 mesti angkat beg anda.pendek kata turun je flight beg sume org angkut even naik ke bilik hotel..hehe..relax2..

pastu ondeway nk ke hotel yg kmi dh booking,kami minta driver stop dekat the best travel agent yg dia tahu.smpai je di travel agent kami mula mencari pakej2 yg diminati.plan utk hari pertama nk berkayak di sungai n hari kedua nk snorkeling di pulau.tawar punye tawar dapat ler harga utk berkayak full day (8.00am-4.30ptg) seorang 1200 bath@rm 120.semua equiment cam life jacket,waterproof bag utk hp,wallet,lunch dekat restoren atas air,tiket masuk ke national park,tourist guard,transport ke hotel.pendek kata semua la urusan kita akan dipermudahkan.hehe..oleh sebab masa tu dh jam 8.30 pg maka driver teksi singgah di stesen minyak untuk kami tukar baju utk berkayak di bothor cave,petang karang baru die hantar p check in hotel.dekat stesen minyak tu kami tukar bju n tunggu van dari travel agent datang ambil.masa ni pun jgn risau sebab driver taxi tu akan tunggu sampai kita betul2 selamat naik van tu.lepas tukar naik van,beg baju kt yg besar gedabak tu pun kita x payah nk sibuk2..dorang akan uruskan ikut transport mn yg kt akan naik.hehe..dalam 30 minit naik van,sampailer dekat jeti kayak.lepas tu of coz la tourist guide akan ajar cmne nk berkayak yg betul,bla3,.dlm 10 minit.oh ye,agent yg kami ambil ni muslim tour.so makanan mmg xde masalah even.cume restoren biasala still jual arak..mat salleh yg mkn 1 meja dok sebelah i pun selamba je togok botol arak ms lunch.adehh..

lepastu kami pun mula la berkayak,cuaca mmg amat baik dan pemandangan gunung3 batu kapur yg sangat cantik di sepanjang sungai.dlm 10 minit kayuh,sampai la di gua bothor,tgk lukisan orang dulu kala..xle byk pun.hoho...then kayak lagi dan lagi.yg bestnye pemandangan yg sangat indah bila kita berkayak masuk ke dalam gua yang sempit.kayak tersangkut la..n kna berhati-hati dengan stalagtite stalgmite takut tercucuk kepala.haha..i siap baring lg,tukang kayuhnye siapa lagi kalo bukan en tarmizi.muahaha.cian die smpi sakit2 bahu,i x sakit pape pun nampak sgt banyak relaxkan dr kayuh..hehehe..

pukul 1 tghari mcm tu kami berkayak kembali ke restoren atas air utk lunch.makan makanan yg dihidangkan atas meja dengan mat2 n makcik saleh dr denmark n germany..sedapla jugak.siap bertambah nasi lagi.muahaha..tourist guide siap pesan lagi,eat until u really full..dont shy2..mmg kenyang gile la..pas makan ade buah-buahan n kopi plak..pehh mmg x le masuk da la kopi tu.kenyang kot..then kami pun naik van yg lain plak utk ke kolam air smulajdi untuk mandi mnda( ini pun termasuk dlm pakej jgk tau)..kmi pun sibuk la brtanye beg baju kami,kalo ilang mau kna bogel je kt Aonang nnt.muahaha..driver pn ckp dun worry dun worry,ur beg is here..mmg terbaikla..ah lg 1,van2 kt cni semua yg mewah punye,cermin itam lg..xde pun mcm van vannette yg glemer kt malaysia ni..huhu..

then sampai kt kolam air smulajadi yg sejuk giler..kolam tu die x open pd public.so x ramailer org,agk privacy..mmg cantik.ala2 kolam puteri raja dlm cerita melayu zaman dulu2.hehe..mat2 saleh tu terus berbikini n gayut kt tali mcm tarzan gedebush dalam air,perrr x sanggup kot air sejuk gile walau kul 2-3 tghari masa tu..airnye hijau kebiruan n nampak ikan2 yg agak besar berenang-renang....memdamaikan jiwa tpt ni.hee

pukul 4,kami dh mandi2 n tukar baju kt toilet,kami naik van lain plak,beg baju kami mcm biasala dh terpacak tggu dlm van baru tu.hehe..ok masa utk ke Aonang dan check in hotel..kami stay di Aonang GOodwill hotel.1 malam rm150,bilik luas n selesa mengadap gunung batu kapur.tapi yg hampeh heater utk air n iron x de dlm bilik.ssh kami nk mkn megi mlm2 buta..n i pakai baju kedut2 je spnjg kt sn.,hmm...sampai dihotel apa lagi berendam air panas la dalam bath tub,melegakn bdn yg penat berkayak td dan akhirnya krohhh3...tidurrr...

sedar2 dh mlm,jam 8.30 mlm..bsiap2 utk kluar mkn mlm.n melawat night market di Aonang beach.kedai mmg ler byk tp agak mahal..kami beli topi sepasang utk p snorkling dgn hrga rm30 lepas tawar menawar yg dasyat.haha..then beli magnet fridge yg mhl jugak,rm20 hinggit tapi buruk je.cehh..beli jugak wafer pisang+nutella rm5.sedap tp sikit gile,besar roti canai kosong mamak je..dan kemuncak kemahalannya bila kami mkn 2 ns goreng kg,1 mgkuk tomyam (standard tomyam yg rm5 semngkuk kt malaysia),2 fresh oren.total semua 405bath @ rm40.50..pehh mmg mhl!lepastu kami pun jalan2 ambil angin mlm smpi la tiba si hotel.jln kaki je..hotel tu mmg dekat dgn kedai2..bagus jgk..hehe..ok la tu saja utk hari pertama.hari kedua sambg entry lain la..hohooo...





18 weeks~

3 comments
its almost 4 bulan setengah!semalam pergi scan baby sebab minggu depan nak g baby moon jauh..just nk make sure baby sihat and membesar dengan baik.tapi sebenarnya risau jugak sebab ramai cikgu tegur perut x nampak.huhu.mungkin sebab pakai baju kurung kot.so mcm x pregie.hakikatnya kain saya pn zip separuh je sbb dh ketat.huhu...

so kami pun pergilah scan dekat poliklinik rozikin,taman desa tebrau.scan 2D je..saya dah pesan awal2 dekat my hubby supaya rakam guna henpon scan tu nanti.so nanti ada la video pengubat rindu pd bby.hehe..minta izin Dr,n dia dengan sportingnya siap cakap ok nanti part yg menarik awak rakam yer.Then stat scan,baby mcm tgh tido mula2..tapi lepas 30saat macam tu,dia mula xduduk diam.mula-mula terlentang,nampak peha,kaki dan tangan dia cukup sempurna.nampak 5 jari tangannya sedang genggam lepas tu buka.hehe..so cute! dan yang paling seronok sekali kami dapat tgk baby sedang minum air ketuban.dalam 7-8 teguk jugak la..rasa sangat kagum tgk mulut dia terbuka2..then,nampak plak bby garu kepala die dengan jari kelinking.korek telinga kot.haha..yg part ni jelas ada dalam video yang ayah rakam tau.dah berpuluh kali umi ulang tgk,hehe... lepas tu baby mula x duk diam,siap pusing 360 darjah lagi,tertonggeng,terlentang seolah-olah cakap " umi,tgkla keseluruhan tubuh bby ni"..hehe..sampai Dr pn cakap,aktifnya bby ni..tp disebabkn bby xnk dok diam,Dr x dapat nk cek jantina bby..x leh nk fokus sbb asyik gerak je.huhu..so jantina bby kekal la suprise utk umi dan ayah..

Then Dr cek semua pasal bby,uri normal duk bahagian atas,diameter kepala bby br 4cm,berat baby 207g,heartbeat bby 159 kali seminit,tulang peha 4 cm n air ketuban pun normal,tali pusat x belit leher..Dr cakap semua excellent,sihat.so umi boleh pergi bercuti dengan lapang hati.hehe..

ok kita cerita pasal ayah pulak k,umi dah pesan mintak dia rakam.tapi ayah rakam sikit je..dalam 3 video tu pun setiap satu hanya beberapa saat.huhu...sebabnya ayah terlalu tekun n teruja tgk scrin scanner tu sampai terlupa.haha..padahal Dr scan dekat 10 minit kot..banyak aksi2 tak terakam.tapi xpela,dpt tgk video bby korek tlinga ngn jari klinking pun umi dh gembira sangat!hehe..ayah cakap dia terpegun sebab mmg dh mcm real baby kt dalam perut umi.selama ni dia bayangkan cuma masih ketulan lagi.rupanya dah terbentuk semuanya,jari,tangan,kaki,kepala,mata.hehehe..

last,harapan umi dan ayah agar baby sihat walafiat hendaknya,walau apa pun keadaan bby,umi n ayah terima sepenuh hati..kerana kamu permata hati kami sayang ;) mmuah!!



3 comments

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...