Impian baru

0 comments

Malam ni adalah malam 1 ramadhan..bersamaan 10 julai 2013.ketika bersiar-siar di Google, saya terjumpa blog cara mendidik anak mengikut cara islam yang sangat menarik membuatkan saya terinspirasi untuk mendidik Fateh seperti itu juga..anak pemilik blog tersebut berjaya menghafal 27 surah alquran seawal usia 3 tahun! Hebatkan?..dan saya berazam, untuk jadi ibu seperti beliau.inferens saya, jika beliau seorang bekerjaya boleh maka saya pun boleh!..hipotesisnya pula semakin cepat saya bermula semakin baik hasilnya..sekarang fateh hampir berusia sebulan.waktu yang sesuai untuk bermula kerana waktu kritikal perkembangan otak bayi adalah dari 6 bulan didalam perut ibu sehingga 4 tahun sahaja..dan saya bertekad taknak lepaskan masa keemasan ini..oleh kerana saya masih di kampung berpantang dan tiada kemudahan teknikal seperti cd, pc serta kebolehan deria penglihatan fateh pada umur sebulan pun hanya jelas pada jarak 15-30inci saja maka saya akan gunakan pendekatan voice learning dulu..caranya senang saja, setiap kali fateh menyusu saya akan bacakan alif, ba, ta dan seterusnya kerana waktu menyusu biasanya mata fateh akan memandang muka saya dan mengikut baby center, pada usia sebulan, wajah ibu adalah perkara yang paling menarik bagi bayi ketika ini . hehe...so! Target saya  bila umur setahun lebih fateh sudah boleh menhafal alif ba ta dan mengenal  bentuknya..amin! So, jom bereksperimen!:)...

..................tapi kenapa alif ba ta? Bukan abc atau 123?......................................

Sebab...saya yakin dan percaya kata2 ni:

JIKA KITA MENGEJAR AKHIRAT, DUNIA AKAN DATANG PADA KITA.

Lagipun abc dan 123 die boleh belajar di tadika nanti...klo semua dia dah pandai, takde kerja la pula cikgu dia nanti.hehehe..:p

P/s:tenkiuu so much pada blogger Darwishndarwishah yg sangat menginspirasi saya untuk jadi umi yang terbaik! Cayok!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...