kisah suami nak tukar kerja

0 comments
haaa...tengok tajuk pun dah boleh faham kan,,tapi yang nak bincang kat sini kronologinya dan hikmah disebaliknya. walaupun bunyi macam senang, nak tukar kerja saja tapi dilema tetap ada.tak sesenang yang disangka rupanya.Kisahnya bila suami tak semena-mena dapat panggilan telefon untuk datang interview di sebuah kilang kawasan tempat dia kerja sekarang. Dia pun tak ingat bila kali terakhir dia hantar resume di job street.hehe...maka dengan semangatnya dia pun pergilah interview diiringi doa oleh isterinya. Position yang ditawarkan pada suami adalah Design Enggineer,tapi... beliau gagal....opss tak habis cerita lagi..gagal untuk jawatan tu je,tapi sebaliknya bos di kompeni baru itu menawarkan beliau jawatan yang lebih tinggi iaitu sebagai Project Enggineer ketika sesi interview stage kedua kerana berasa yakin dengan kekredibiliti beliau semasa interview terdahulu. Yang saya tak percaya bila suami cakap interview berlangsung dengan speaking english kerana syarikat tu syarikat international,ada 18 biji seluruh dunia (dengan saya tak ada pun speaking2..boleh ke?haha).. maka beliau pun pulanglah dengan senang hati kerana ada can untuk bertukar tempat kerja dan mendapat kenaikan gaji yang baik..bak kata beliau,rezeki anak kami tak pasal-pasal dia dapat interview saat fateh nak lahir..boleh la cover belanja fateh yang bakal mencecah 500 sebulan nanti.alhamdulillah.

Kemudian, beliau dengan bersemangatnya menaip resign letter untuk kompeni yang dia sedang bekerja sekarang dan menghantarnya. Maka bermulalah dilema yang menyebabkan dia tak dapat tidur malam sehingga lewat bangun nak pergi kerja,maka dengan lajunya saya cakap amik je halfday,,boleh teman saya kt rumah.alang-alang dah bangun lambat.hehe (bagus ke tak bagus bini camni sebab bini pun tidur terbongkang sama naik?=P)..dilemanya bila bos kompeni sekarang memujuk-mujuk beliau untuk stay, dan jangan berhenti.bukan seorang,3 orang yang memujuk.semua orang atasan pada beliau.lalu beliau stress apatah lagi memikirkan offer yang hebat dari bosnya jika dia kekal.ehehe..semua macam pantas je,,tak pasal-pasal bos dia offer kenaikan gaji yang sama dengan tempat baru berkuat kuasa bulan ini jugak (jun) padahal bulan 1 hari tu baru bos dia naikkan gajinya rm500.ark3...seterusnya, bos dia memujuk lagi dengan mengatakan suami sangat berpotensi dalam kerjayanya sebagai jurutera mekanikal, boleh diharap, bagus,,bla2...maka mengikut polisi syarikat ini, setelah 5 tahun berkhidmat (suami sudah berkhidmat 3 tahun),syarikat akan hadiahkan sebuah kereta kepada beliau (boleh pilih nak kereta apa...mitak toyota alphard boleh x?kah3) dan saham dalam syarikat (syarikat untung berjuta-juta setahun, kalau dapat 1% share pon dah berapa puluh ribu tuu....)lalu suami terus jadi pening..pening sepeningnya kerana dia dah tak suka bekerja disitu kerana beban kerja yang sangat banyak tapi offernya agak bagus...haishh.

Bila suami cakap nak tukar kerja sebab gaji,nanti dah nak ada anak,boss nya up kan gaji,bila suami cakap kerja terlalu banyak, boss nya cakap dia dalam proses mengambil dua orang lagi enggineer untuk cover kerja suami.maka sudah tiada alasan lagi untuk dia berhenti........boss bagi masa 5 hari untuk memikirkannya.maka saya sebagai isteri pun cuba berfikir untuk mencari satu kesimpulan untuk dicakapkan pada suami supaya dia tak pening-pening lagi.hehe...nak dijadikan cerita, balik pada kisah interview semula. Pada 2nd stage intrview di syarikat baru, suami tetiba ternampak yang syarikat tersebut sebenarnya terlibat dengan pembungkusan arak (beer). Syarikat tersebut sebenarnya pengeluar mesin pembungkus dan customer2 nye terdiri dari nestle, f&N,milo,,pendek kata apa-apa saja yang nak kena bungkus..termasukla beer. Maka disitu sudah muncul was-was ataupun syubhah dihati beliau mengenai gaji beliau nanti.termasukla syubhah di hati saya kerana wang nya nanti untuk kegunaan kami sekeluarga.Kalaula jatuh haremmm.....habisla kami,bahkan kucing2,ayam, rebit dan mak ayah di kampung pun habisssslah.


maka, saya pun menggoogle la di internet  di laman web JAKIM mengenai hukumnya.sebab setahu saya apa-apa saja yang terlibat dengan arak waima pemandu lori arak pun hukumnya hareemm...saya terjumpa sebijik persoalan yang sama dengan kes suami saya. Orang tersebut bertanya perihal gajinya jika bekerja dengan syarikat yang mengambil tender dengan pembungkusan arak. Dengan tepat dan padat, JAKIM menjawab hukumnya haram.kerana mendatangkan syubhah kerana bersubahat dengan perkara haram. Lalu saya tunjukkan pada suami artikel itu supaya dia boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk sendiri. Saya cuma mahu membantu menunjukkan jalan saja, yang mana harus dipilih..(baik tak bini dia kali ni?hehe)...harap-harap saya dapat membantunya...kemudian,saya terus berfikir lagi ayat apakah yang paling sesuai untuk saya ucapkan pada suami untuk membantu menghilangkan kekusutan fikirannya...lalu saya cakap:

"Abang, mungkin Allah sebenarnya nak menurunkan rezeki pada anak kita,sebab itu tiba-tiba datang interview di saat2 fateh hampir lahir. Tiba-tiba saja dengan semua yg jadi ni gaji abang naik lagi sebab bos sayang nak lepaskan abg. Dalam masa yang sama, Allah terus tunjukkan jawapan pada abang pilihan apa abang yang perlu buat sebab tu abang tiba-tiba ternampak kilang tu sebenarnya sedang buat projek pembungkusan arak.Semuanya dh jadi jelas......itulah hikmahnya dilema yang melanda...kan abang kn?"

Kesimpulannya,,,,setiap anak ada rezekinya masing-masing...semoga suami saya bulatkan hati dengan pilihannya. Saya dah cuba membantu setakat yang boleh sebagai isteri...menjadi penunjuk cara dalam masa yang sama apa saja suami saya lakukan saya akan sokong 1000% dari belakang!hehe..terima kasih sudi baca....semoga ada hikmah yang dapat diambil.Apa pun,syukur pada Allah...pemberi nikmat dan pelega kesukaran....alhmadulillah.








Hari-hari terakhir sebelum bertiga..

4 comments
Hari ni genap kandungan saya 38 minggu.maknanya tinggal lagi 2 minggu untuk jadi bertiga ataupun 14 hari lagi.dan saya masih bekerja untuk hari-hari terakhir menjelang cuti dengan macam2 perkara perlu disiapkan sebelum bercuti panjang kerana sy tak mahu waktu cuti saya diganggu nanti dengan kerja separuh jalan saya tinggalkan..semoga cuti saya kelak aman dan tenteram.hehe..bila sudah akhir-akhir begini macam-macam perkara sy fikirkan..dan saya perasan sebenarnya ada satu perasaan pelik yang muncul sejak akhir-akhir ni.rasa sedih..mungkin sindrom baby blues sebelum bersalin kot.haha..saya asyik terfikirkan bagaimana la sakit bersalin dan melalui pembacaan saya di blog2 senior yg lain sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.dan ada juga cakap seperti tulang dipatah-patahkan.malah ada juga saya baca saudaranya meninggal dunia akibat komplikasi sewaktu bersalin.semua ni membuatkan saya rasa sedih.tapi apapun saya tetap kena hadapinya kan..lumrah seorang wanita.sedangkan ramai lagi wanita lain diluar sana yang bersusah payah untuk merasai pengalaman ini takkan la saya nak lari kan..maka akibat kesedihan dan kerisauan itu, saya menjadi lebih sensitif terhadap en.suami.saya inginkan masa berkualiti dengannya,hanya saya dan dia.entah mengapa saya menjadi risau,risau kalau-kalau ini adalah 2 minggu saya yang terakhir.2 minggu terakhir saya dapat melihat dia.saya belum bersedia..dan bila saya beritahu pada suami saya,dia pasti marah dan cakap saya merepek.kalau saya pun saya tak suka..hehe...tapi hakikatnya inilah yang saya rasa.bukan reka-reka tapi datang dengan sendiri...tapi saya malas nak layan sangat,saya sibukan diri dengan urusan kerja yang banyak sebelum bercuti.Oleh kerana saya menggunakan tenaga dengan maksimum ketika disekolah (bak kata suami saya,saya selalu terlebih guna energy ketika buat kerja sebab tu cepat penat,haha) maka bila malam saja saya sudah kepenatan dan tak tertulis tesis yang umpama telur dihujung tanduk.sipi-sipi lagi nak jatuh.dan saya stress sendiri.haha..tapi sebenarnya saya malas nk stress2 dan terlalu memaksa diri.sebab saya tahu kalau saya keletihan,ada yang lebih letih dari saya.anak dalam kandungan.kesian dia,,tiada pilihan tapi terpaksa saja mengikut rentak saya..oleh sebab itu saya selalu berpesan pada anak saya supaya keluar tepat pada masanya iaitu 4 Jun 2013 kerana waktu itu,sekolah sudah pun mula bercuti, tesis saya juga sudah siap, suami, kakak (yang akan ambil cuti seminggu untuk menjaga saya) benar-benar telah bersedia. itulah hari yang tepat untuk kita jadi bertiga. =)


4 comments

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...