dating time!!

0 comments


sabtu,28/7/12 kami keluar buat outdoor dating.selalunya hari bekerja,indoor je.hua3..so kami pun keluarla jenjalan.plan nak g tengok wayang cerita batman...sampai todays mall ulu tiram.fuh!lengang..alhmdulillah bagus betul org johor.bln ramadhan hari sabtu, panggung wayang takde orang!kagum sekejap aku.biasa kami datang time weekend sabtu ahad konfem penuhla..beratur panjang lg.huhu..sebabkan ms untuk batman mula lama lg,kami pergila main game dulu.hehehe..mengisi kelapangan..

Lengang selengang-lengangnya~
sebab tak ada orang, so tak seganla bergambar.hehe
  
huh akhirnya ada sorang lagi....

.
last sekali xde kerja,snap gambar sendiri je la...huhu


kisah kereta dan kotoran

0 comments
aku sedang berada di car wash,menghantar si putih milik en.suami yg sedikit masa lg nk jadi hitam. tetiba teringat si oren di kilang suami..(hari ni kami tukar kereta),pun dh lama x mandi.bezanya ini si putih dan itu si oren..bila si putih 2 minggu x mandi sgtlah buruk rupanya..haha.. tp si oren dh 2 bulan xjumpa sabun tp mantainnn jerr??cool!kesimpulannya nak beli kereta wajib tgk habit tuannya dulu..aku mmg malass basuh kereta,hantar cash wash pun malas sbb kena menunggu apatah lagi nk basuh sendirik..hehe..tp bl bw si putih en.suami ni jadi rajin...rajin htr car wash je la.. sbb menyampah tgk kot dh kotor sgt2..haha..kesimpulannya,keputusan aku untuk beli kereta warna oren dulu memang lah keputusan yg maha bijak!sesungguhnnya ternyatalah aku mmg kenal diriku sendiri..kekeke..kepada en.suami,anda bagaimana??opsss!(jgn marah syg,ini tulisan waktu boring menunggu si putih kamu dicuci cantik2..hehe)...


wahai hati bersabar lah!

2 comments
hari ni semua yg ak lakukan x menjadi..huhu..hari malang aku kah??kalau mcm tu kena save la tarikh hari ni~19/7/12 so, tahun dpn boleh la check pd 19/7/13 adakah ak malang lg?hehehe...dah2!merepek je tu..sambung kisah hari malang aku.huhu..mula2,
mau sevice viva,dh set appointment jam 2.30 dgn produa tp ada meeting di sekolah.sudah 2.45 aku tersepit antara meeting dan appointmen.hoho,last2 aku perlahan-lahan seperti tikus lalu depan kucing slow2 keluar dr bilik meeting.dan kucing2 a.k.a pentadbir memandang dgn tidak puas ht.maap ler boss..huhu.ok skrg dh berjaya keluar tp duit nk service plak x cukup.kena standby rm200,cuma ad rm150.no hal boleh singgah petronas mik duit..lalala..sampai di pet (nama manja petronas) cari kad atm..cari punya cari xde!owh mana pergi nih!!hadoii dh la duit byk dlm tuu..(haha byk la sgt kn~) dalam hati dh risau,duit urusan beli rumah tu dalam tu..huhu..teruss start enjin dan pegi cimb bank utk report kad hilang..adoi,dh aku xde duit plak nk service kete..(marahlah uncle produa tu)..keluar je dr cimb,hujan ya ampun lebat yg amat!ak pun merewang-rewanglah di sekitar bank dan terjumpa farmasi daphotic.tetiba gatal nk membeli pregnancy test walau hr tu berkobar-kobar dlm hati bulan ni xnk test!xnk test!takut kecewa lg..haha sudahnya beli jgk!tggu hujan berhenti hampir stgh jam berdiri sampai lenguh kaki,ak nekad utk lari je dlm hujan lebat tu.parking punya la jauh dekat 200m.masuk je keta basah kuyup ak.huhu..sejuk..ok kali ni service keta mmg dh out dh.minggu2 depanlah.Now balik dgn smgt berkobar-kobar nk wat upt walaupun basah kuyup. hati pn kuat mengatakan mcm ada something jer padahal baru 5 hr missed period.tanda-tanda pon cam ade..(ntah-ntah syok sdri huhu).tetiba rasa tak sabar nk tahu n tak nak bagitahu hubby sbb tak nak dia kecewa bl -ve (mcm sblm-sblm ni).kira harapan tinggi menggunung dan keyakinan menghampiri 80% la ni..tup2 result tetap -ve!sedihnya!..kecewa sgt2..terus baring dikatil dan menangis..dan menangis (seperti bulan-bulan lepas).i need someone to talk,capai handphone dan ngadu kt hubby.lg la laju nangis bc msj pujukan hubby seperti dibawah ni..terasa..ringan sikit beban di hati....


Sebenarnya setiap bulan hubby akan cakap mcm ni...dan setiap kali tu akan rasa lega.huhu


Perbezaan sikap ak dan suamiku....hahahahha...mental down kot ms ni...tp dia?tetap bersemangat...ssemangat tu la yg aku dapat dari dia...hehe


 InsyaAllah,,ada rezeki kt sayang~lg pun baru 7 bulan kn...=)
 

Then ak decide utk bangun solat asar sbb dh hampir jam 5 ptg...dlm telekung ak menangis sepuas-puasnya selepas solat..aku minta Allah hilangkan rs kecewa itu dr hatiku dan letakkan rs redha disitu.Alhamdulillah setelah puas mengadu dgn Allah,hatiku lapang selapang lapangnya!:))..en.hubby,mari kt usaha lbh gigih lg bln dpn!!semangat2!!...moral of the story,apa yg berlaku hari ni ada hikmahnya.walau sekuat mana pun kita akhirnya akan rebah jua didepan tuan kt iaitu Allah..kerana hati kita daripadanya bila hati kita diletakkan dekat padaNya,hati pasti akan menjadi tenang...semoga minggu dpn ak berjaya dapatkan balik kad atm ak,dapat service keta,dpt result +ve jk wat ulangan upt (masih ada sdikit sisa-sisa harapan)hehe...Amin~





2 comments

Post a Comment

sekolah dulu dan kini

0 comments
kisah lama aku tahun 2011,handphone nokia C6 yg berharga rm1100 baru dibeli seminggu oleh suamiku sempena hadiah hari guru hilang di bilik guru.lg sadis,handphone tu di dalam handbag yer,and that time blackout kt bilik guru.my mistake sebab tinggalkan handbeg masa pergi toilet sekejap.perasaan??4 sure la sedih X 1000..pencuri tu??gagal dikesan pelajar mn..tp ada suspek yg disyak oleh guru disiplin.pelajar tu sgt baik dengan aku.dia diugut untuk report polis,diprovoke sampai menangis2..endingnya??tidak mengaku..jauh disudut hati aku,aku x rasa dia orangnya.xtau lah kenapa..aku yakin bukan dia selepas bersumpah dengan alquran dihadapan ustazah.kes ni berakhir begitu saja..pencuri itu Masih BEBAS!


hari ini tahun 2012,kronologi yg sama seperti tahun lepas...aku sibuk terkejar kesana kesini kerana esok hari sukan.tertinggal handbeg dimeja dan nasib baik handphone aku pegang sebab Glemer plak hari ini.telefon xhabis berdering-dering Sukan punye pasal..balik-balik saja ke meja aku di bilik guru,purse dalam handbeg ternganga kosong.bila diingat-ingat balik mmg aku ade duit di dalam tu.nasib la cuma ada rm20+ saja.kalau rm200,menangis x berlagu la..persoalannya,aku lagi??haii.mmg si pencuri aim aku je ke??tak..sebab baru minggu lepas,cg XXX hilang handphone nyer samsung S-II yer..juga dibilik guru..cg XXX juga pernah kehilangan rm70 yg diletak dalam laci mejanya dibilik guru!persoalannya,adakah pencuri yang sama yg dalam diam tekun memerhatikan gerak geri guru di bilik guru?siapakah stalker yg x berguna tu??aku rasa macam nk jadi CSI pula..mahu tahu pelajar manalah yang rendah sgt moralitinya tu.Sekolah yg sepatutnya selamat kini sudah tidak selamat lagi.perasaan aku hari ini??tidak sedih kerana rm20++ hilang tapi cukup cukup dan cukup sedih kerana inilah gambaran bahawa pelajar kita semakin hari semakin buruk sahsiahnya.


Jika dahulu guru disanjung,sekarang guru pula menjadi mangsa pelajar.jika benar "bilik guru" itu
adalah bilik untuk guru,mengapa harus pelajar senang lenang keluar masuk??baik ditukar saja nama jadi "bilik pelajar dan guru".ada cadangan bernas mencadangkan agar dipasang cctv.baguss!!tapi,ada pula manusia bermodal insan yang rendah membantah!katanya, "nanti kantoila kalau-kalau xbuat kerja,bersembang ke..".mendengar kata-kata begitu panas betul hati ini..nampak sangat sudah selalu buat sebab tu takut tertangkap!padahal aku rasa pengetua takla sekejam tu untuk lihat guru-gurunya kejang kaku tak bercakap di meja masing-masing.normal la makhluk sosial seperti guru kalau bersembang sikit-sikit selepas habis kelas meluahkan perasaan yang pelbagai datang bertubi-tubi di dalam kelas.pada siapa lagi nak meluahkan,hanya guru yang memahami perasaan guru dgn baik...sudahnya,kesalahan itu datang balik pada aku yang dikatakan cuai.Ya!mmg aku cuai.. tapi cuainya aku meletakkan handbeg diatas meja ku sendiri di dalam bilikku sendiri.kalau bilik sendiri pun sudah tidak selamat,baik aku duduk dalam toilet saja.konferm pencuri tak datang toilet guru..apa yang sudah jadi telah pun terjadi.dalam beringat-beringat kadang teralpa juga.Aku manusia yang x punya sistem reminder yang rigid dalam otakku..walau apa pun,setiap malam sebelum tidur aku pasti akan maafkan pencuri itu.sebab aku tak mahu menunggu dia mencari aku diakhirat kelak untuk meminta maaf.tak ingin aku melihat muka orang muda tapi gelap masa depannya disana.Cukup dia tahu hasil pencuriannya selama ini takkan pernah membuat hidupnya senang dan tenang.semoga hatinya sentiasa gundah, tidak senang, tidak berbahagia dan akhirnya mengambil keputusan bertaubat.itu lah doa yang terbaik dari seorang guru yang menjadi mangsa pencurian dari anak murid sendiri.Sekian~


rumah idaman kami~

2 comments
Setelah 6 bulan mendirikan rumah tangga, alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana murahkan dan permudahkan rezeki kami untuk memiliki rumah ini.Sekalipun rezeki zuriat belum tiba lg,ak tetap bersyukur pada Allah..mungkin Allah mahu kami stabilkan diri dulu, memiliki kehidupan yang selesa sebelum naik pangkat jadi ibu dan bapa. Aku yakin perancangan Allah yg terbaik...kamikn terus menanti =)hehe.....ok cerita tentang rumah....
Ok ini la rumah yang kami idam-idamkan dan berjaya belitu..hehe
single storey corner lot dengan keluasan tapak rumah 4600kaki persegi.
Rumah ni en.suami jumpa dekat mudah.my dan terus call tuannya.malam tu jugak kami pegi tengok rumah.hakikatnya kami org ke-2 dlm queue utk beli rumah tu.siang mlm ak berdoa supaya org yg first tu xdapat beli. hasilnya wallahh!mmg die xjadi beli sebab loan xlepas..hehehehehe...sampai lah turn kami mencuba nasib di bank..alhamdulillah tanpa sebarang masalah,urusan loan setel dan rumah dgn harga berbaloi-baloi dpt dibeli..lalala...seronoknya!!harga rumah??hehe..dlm 16+k saja utk corner lot.that is superbb!mmg xkn dpt dah lain kali harga macam ni..huhu..ini lah namanya rejeki.. ok mari kt site viewing rumah ni yer..jemput dtg kawan2...=)
gazebo dan pegola ni di tepi rumah kami,yg tuan asal bina..okla kn,pakej termasuk gazebo tu..kalo mau wat sendirik mau riban-riban habis ni...plannye,gazebo tu akan ku pasangkan langsir putih dan letak pokok2 hijau daun besar macam keladi dan langsuya dikelilingnye..jd mcm resort gitu...hehe.pegola plak akan di cat baru..hmm..
haa nampak pokok-pokok yang bergayut tu?itu pon pakej sekali ngn rumah ni tau..sebabnya makcik tuan rumah ni mau pegi duduk rumah anak dia di singapore,,so xkan la mau angkat ngn pasu-pasu sekali pergikan..rezeki ak,,ak lagila sukaa...hehehe

ini laman rumah kami..boleh bela lembu mcm ni.haha...kononnya berangan nk wat kolam renang,ntah bila zaman la akan jadi..hehe...rumput ni nanti akan ditukar dengan rumput karpet.pokok serai kt depan tu akan dikorek dan letak dibelakang...meja-kerusi batu tu akan direpair dan dicat baru..pagar pun cat baru =)..nanti boleh la main badminton kt cni dan anak2 bulus kami yg ramai pon seronok main kejar-kejar kt cni nanti..
....
....
....
Tapi,sekarang ni kami masih dirumah sewa.huhu..setakat ni sudah sign S&P dengan lawyer,then lawyer submit ke pejabat tanah.dkt pejabat tanah la lama..ambil masa dalam 2-3 bulan gitu.then,bila proses tukar nama dah setel baru bank akan bank in duit pembelian kepada tuan rumah.then lawyer akan panggil utk proses serah kunci....sume sekali approximately 3 bulan...so another 2.5 month of waiting..xdapet la beraya dengan rumah sendiri..lepas ry dijangka dapat masuk...walaupun begitu,sekarang ak tetap pergi rumah tu seminggu utk siram pokok2 bunga..syg oo kalo pokok2 tu mati..dah la free.heheheheee........k la,doakan kami bahagia di rumah ini k.semoga ia menjadi tempat yang damai,tenang dan syurga buat kami sekeluarga.Aminnn...=)





2 comments

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...