cucu-cucuku!

0 comments
zigot sendiri pun belum ada tapi dah ada cucu??pelik-pelik.tapi kalau cucu dari anak bulus sendiri,logikkan?hehe..saya dan suami bahasakan diri kami mama dan papa pada anak-anak bulus kami si boboi dan wawa.anak-anak sendiri nanti(insyaAllah) saya nak mereka panggil kami umi dan ayah.takla sama dengan anak bulus kami..hehe.so kisahnya kali ni nak memperkenalkan cucu-cucu kami anak boboi dan wawa yg kami bahasakan diri sebagai nenek dan atuk.sudah 3 minggu umurnya dan semakin kiut!geram bila tengok..tapi maafla cucu-cucuku,nenek hanya mampu bela salah sekor saja dari kamu kerana kos sara hidup kucing parsi ditengah kota raya metropolitan ini sangat tinggi.lainlah kalau kamu pandai berak sendiri di toilet dan pandai tekan butang flush pula.tapi mustahillah sebab mak bapak kamu pun sampai ke tua nenek juga yang kena bersihkan kencing berak mereka.huhu..tapi jangan risau,nenek akan pastikan orang yang mengadopt kamu nanti memberikan yang terbaik untuk kamu cucu-cucuku!


ubat batuk + cempedak..

1 comments
semalam saya tertidur awal dalam pukul 9 lepas makan ubat batuk dan cempedak.agaknya mabuk kot makan ubat(pil-pil berkaitan tekak) dengan cempedak.saya rasa tak sedap badan,tidur pun rimas berpeluh-peluh,rasa nak terkencing,nak terbuang air besar pun ada.tapi semua dalam keadaan separuh sedar.bila dah kembali waras,saya tersedar otomatik pukul 2.30 pagi.terus rasa sihat walafiat dan segar bugar.terkelip2 sampai 4 pagi,jeles betul tengok en.tarmizi berdengkur kat sebelah.usik-usik pun tak dilayan.haha..nasib baik hari ini saya masih mc lagi..kalau tak mahu tidur disekolah.huhu sumpah tak makan lagi ubat dengan cempedak..

1 comment

Post a Comment

kawen orang dekat

0 comments
ramai orang bila tanya saya orang mana dan suami orang mana,saya jawab "kami dua2 terengganu,sedaerah.Rumah kami jaraknya 15 minit ajer...." dan jawapan yang pasti akan keluar dari mulut(sambil buat bibir bentuk bulat) mereka yang bertanya "oohh..senanglaaa nanti raya tak gaduhla balik kampung mana.."..saya pun ia kan ajer.malas nak membentang segala hujah yang ada dalam otak.hehe..hakikatnya sebenarnya ia taklah semudah menyebut "senanglaaaa...".. sebenarnya ia lebih memeningkan tahu?. bila balik kampung mesti singgah rumah ma saya dulu sebab jumpa rumah ma dulu. dah singgah ofkos la tak boleh kejap..maklumlah 2 bulan tak jumpa anak bongsu dia(saya la)..tunggula sampai makan tengahari dulu kata ma saya sedangkan jadual pembahagian cuti telah termaktub hari perrtama di kg kali ni dirumah mertua.huhu..mak disana pun dah standby dgn masakan tengahari menanti kami pulang tp ma disini membuat roadblock..ya,inilah dilema namanya.sudahnya,suami saya lah yang akan mengalah..(sebab tu saya sayang sangat kt dia)hehe..awal-awal kawen dulu,ma saya la yang banyak membuat onar.agaknya masih sukar ma saya nak terima yang anaknya ini sudah ada dua keluarga kot.bila giliran berada di rumah mertua,ma saya ajak kesana kemari teman dia berjalan-jalan.bila ckp esok malam balik tidur rumah ma plak,pukul 2 petang dia sudah telefon "bila nak baliknya?.." hehehe..ma..ma..maka jadilah kami macam kucing hilang anak.kesana kemari.angkut beg baju tiap-tiap hari..hari ni rumah ma,esok rumah mak,lusa rumah ma..semuanya sebab nak menjaga hati kedua-dua keluarga(dan hati sendiri hehe)..sudahnya kami dua-dua pening dengan keadaan macam ni..sampailah satu hari ma saya cakap (selepas beberapa kali balik bercuti,sesudah 5 bln kawen).."tidur je la kt sana hari-hari pun(umah mertua) ma tak kecik-kecik hati la..tapi siang balik sini"..muahaha..terer tak taktik ma saya?......tapi balik raya kali ini,kami dh terer.3 hari tidur rumah ma,lepas tu 3 hari tidur rumah mak..alhamdulillah tak pening macam dulu lagi.hehe..semua orang dh tak kecik hati..semua orang gembira!

p/s: nampak sangat ma saya sangat sayangkan saya kn :p


raya!raya!!

0 comments
raya pertama sebagai suami isteri..gaduh nak balik kg mana??hmm takda masalah..kampung saya dan suami cuma jauhnya 15 minit aje..alhamdulillah raya yang mulia ni tak kami cemari dengan pegaduhan.hehe..seronok betul bola hampir semua adik beradik balik ke kg..berbbq..main mercun....ok lah,selamat hari raya dari kami,wanie dan mizie!;)


punca rajin menulis

3 comments
blog ni sebenarnya dah lama wujud..sudah dua tahun lebih tapi sejak akhir-akhir ni rajin pulak saya mengepost kan..apakah yang sudah berlaku pada saya??hehe..semua ini gara-gara satu butang aplikasi blogger di henpon murah saya.Dengan menekan butang tersebut,automatik blog saya akan terpapar(dengan syarat,ada internet conection)..so dimana saja saya boleh menulis.semasa tunggu makanan sampai,smasa tggu kwn shoping,smsa pelajar tengah exam.haha..kini masa lapang kalau dulunya saya duduk sebek saja sudah terisi!..Terima kasihla pada siapa yang buat aplikasi blogger yer.pada yg menggunakan iphone,tablet, bla2..pendek kata yg guna produk apple,boleh dapatkannya di applestore ok..bagi penulis blog,hidup anda akan lebih mudah,ceria dan gembira lepas tu..her herr herr..ok sekarang cuba tgk gambar dibawah,nampak butang blogger kat kiri atas sekali tu??aa itulah punca kerajinan saya..kehh3..



3 comments

Post a Comment

KUIH RAYA SENDIRI

4 comments
raya tahun ni raya yg pertama sebagai isteri..dan raya kali ni juga saya dapat tau suami saya sgt suka buat kuih raya rupanya..dan ini amatlah terbalik dengan bininya yang xpernah dan x minat buat kuih raya.haha.masa kecik-kecik dulu pernahla menyibuk tengok ma buat kuih tapi sejak darjah 6,ma saya dh berenti buat kuih raya sebab oven rosak.sejak tu kami beli ajer..termasuklah tahun ni saya nak beli ajer.tapi suami ajak buat kuih pulak..lemah saya mendengarnya..maka, saya pun temanla suami saya pergi econsave untuk beli barang-barang kuih raya..dia nak buat biskut chocolate chip..dari A sampai Z dia buat sendiri,sampai dapat 3 balang biskut cokelat chip.

saya pulak?? tukang tengok,tukang makan dan tukang komplen...tapi disebalik kejayaan dia dengan 3 balang kuihnya,jangan ingat tak ada kegagalan..hehe ada..hangit pun ada.tapi saya makan ajer yang hangit sambil berkata" sedap bang..sedap..tak rasa hangit pun.."hehe..tapi bila saya tengok balang kuih suami saya,saya rasa tercabar pulak.tak boleh jadi ni..maka saya pun mahu buat kuih jugak tapi kuih conflake yang paling senang didunia..haha

ingatkan buat conflake smooth and easyla tapi hangus jugak conflake saya. belum almond london lagi..huhu..teruk betul skill saya.saya memang tak suka buat perkara yang kena meleceh dan berhati-hati macam kuih raya.saya lebih suka membuat makanan yang berskala besar seperti nasi ayam,spageti,pizza. jika suami saya buka kan saya bakery saya boleh jadi gila agaknya..huhu..ok lah,sudah mau berbuka.hari ni kami beriftar di papa chop mama grill,taman u..selamat berbuka yer semua..:))

ini kuih cornflake 1st batch yg saya buat...hangus..kawan saya kata, tak payah bakar lama-lama..5 minit pun cukup.gaul dengan madu dan majerin dalam kuali atas api pun lagi bagus katanya..ok,tahun depan saya cuba lagi =)


Gambar ni sebagai bukti saya buat sendiri (kalau dah hangus.tak perlu bukti pun orang percaya)..hehe.yang penting ada jam pemberian student saya yang kiut tu 4 tahun yang lalu (pulak dah)..


erk..abaikan 3 balang cokelat chip ni...........


tadaaaa!saya punya kuih cornflake yang pertama dalam hidup ..........yes!yes!YES!


P/S:walaupun cornflake je tapi banga tetap bangga ok..huhu


4 comments

Post a Comment

untuk Kakak itu..

4 comments
Assalamualaikum kakak,
saya tak kenal kakak dan kakak tak juga kenal saya.kita sama-sama tak kenal..secara realiti.tapi saya kenal kakak di alam maya seperti di blog dan saya add kakak facebook.Maka kita pun "berkawan" tapi sayang,kita tak pernah bertegur sapa di facebook..tak mengapa,saya bukanlah siapa-siapa pun.hehe..saya cuma orang sedaerah dengan arwah suami kakak.entah kenapa seolah-olah saya kenal dengan kakak.saya kagum dengan ketabahan kakak.saya menangis membaca penulisan kakak tentang kemalangan yang menyebabkan kematian suami kakak diusia kalian masih muda untuk mengecapi makna sebenar hidup. Saya menangis untuk Nada dan Marwa yang masih bayi sudah kehilangan bapa.betapa mudah Allah mencabut nyawa kita kan kak dan betapa berat beban perasaan yang terpaksa kakak tanggung..sumpah tidak akan ada yang bisa memahami rasa itu kecuali kakak sendiri..sejak itu saya mencari kakak di facebook,mengikuti segala perkembangan kakak dan anak-anak tanpa derap tapak kaki yang membuat kakak mungkin tidak sedar kewujudan saya dalam friendlist kakak.status kerinduan kakak terhadap arwah suami meskipun sudah lebih setahun peristiwa hitam itu berlaku meruntun-runtun jiwa saya.kerap saya tunjukkan status-status itu kepada kawan-kawan saya dibilik guru dan kami sama-sama bersedih,berkongsi perasaan dengan kakak walau kita tak kenal dan beratus kilometer jauhnya.perjalanan hidup dan beban perasaan kakak selepas kehilangannya banyak mengajar saya..terima kasih,kakak.terima kasih..kisah kakak membuatkan saya amat menghargai suami saya,kerap saya pejamkan mata dan bayangkan kehidupan tanpa suami disisi.MasyaAllah saya tidak sanggup!tidak dapat saya bayangkan..terus terbayang kakak di mata saya.setiap kali itu saya akan berdoa agar tuhan tabahkan hati kakak melalui semua ini..dan ketabahan kakak saya lihat hari demi hari semakin kuat,tidak seperti awal-awal dulu.saya bersyukur dari jauh..kakak,pagi-pagi td usai solat subuh,saya tergerak hati untuk membaca buku "jangan bersedih.."..dan takdirnya saya terbuka muka surat 46 bertajuk "Allah akan menggantikan yang lebih baik"..habis satu muka surat,saya tersenyum dan terus teringat kakak.kalaulah kakak dapat membaca ini,tentu kakak akan tersenyum..malahan lebih lebar dari saya!..bacalah kakak..


MasyaAllah kakak,syurga janji Allah,kakak!syurga....cuma syaratnya sabar.dan saya kira dalam masa setahun lebih ini sudah tinggi benteng kesabaran yang kakak bina..syukur!nampak tak kakak apa yang Allah mahu beri pada kakak?sungguh jalannya penuh liku,namun di penghujungnya insyaAllah syurga dan insyaAllah di dalamnya juga suami kakak menanti!gembiranya saat itu kakak!sedikit kesabaran saja saya pohon dari kakak...disebalik luahan-luahan itu moga ada kesabaran yang bertambah..ada kesabaran yang berbunga..sampai sini saja kakak...semoga kita dapat menjadi kawan yang sebenar nanti bila sampai masanya,bukan kawan yang sepi seribu bahasa...:)

p/s: teringin nak kak aini nurbaya baca surat saya ini,tp macam saya cakap td..siapalah saya..hehehe


4 comments

Post a Comment

kalaulah...kalaulahhhh...

5 comments
kalaulah hidup ini seperti apa yang saya impikan..alangkah bahagianya!tapi tak bermakna saya tak bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang.cuma,tak salahkan kalau saya ada angan-angan?hehe..seperti angan-angan masa kecil nak menjadi princess ala-ala cinderella gitu..nak pakai gaun yang skirtnya kembang semangkuk.bezanya,itu sudah tentulah angan-angan mat jenin saja.imposible la abah dan ma saya tiba-tiba memiliki sebuah negarakan.(kalauulahhhh..).selain dari nak jadi princess,banyak lagi angan-angan saya, ada angan-angan yang dah menjadi kenyataan dan ada yang masih tinggal angan-angan..kalaulah saya...

1)KAYA
-rasanya semua orang nak jadi kaya.tipulah kalau saya tak.sejak kecil saya nak jadi orang kaya,ada rumah besar,ada kereta besar.tapi bila saya dah dewasa,saya rasa tak semua orang kaya itu bahagia.malah mungkin lebih huru hara memikirkan macam mana nak mantain segala harta yang ada.syukurlah saya punya kehidupan walaupun sederhana saja(kereta pun viva je) tapi hati tetap tenteram dan bahagia..hehe

2)DAPAT MAIN SALJI
saya memang tak pernah ke luar negara..eh tapi saya pernah pergi ke singapore!kira oversea la kan tapi iklimnya sama saja apatah lagi nak ada salji.memang tak lah.tapi suami saya pernah pergi ke Guang Zhou (tak tahu eja betul ke tak) dan merasai salji!dan dia pernah janji nak bawa saya ke sana..(semoga dia ingat!hehe)..cita-cita saya juga nak pergi tembok besar cina yg penuh sejarah.hehe

3)NAK BAWA MA DAN ABAH PERGI MEKAH
- walaupun mereka dah pun kesana cuma saya je tak sampai-sampai lagi,saya tetap berangan nak bawa mereka ke sana dengan duit titik peluh saya sendiri.masalahnya,saya masih tak mampu huhuhu..

4)DAPAT SUAMI SOLEH
-Saya bersyukur dijodohkan oleh Allah dengan suami saya.bagi saya,dia melengkapi hidup saya.Semoga saya dapat menjadi isterinya lagi di syurga nanti,insyallah.

5)LIMA ORANG ANAK
- saya impikan keluarga yang besar tapi memadai 5 anak.kalauulah ada rezeki lebih,besar tapak tangan nyiru saya tadahkan.Buat masa sekarang,jika dapat seorang tak kira lelaki atau perempuan pun syukurr alhamdulillah..

akhir cerita,bagi saya tak salah jika nak berangan-angan.tanpa angan-angan takkan ada keinginan.bila tiada keinginan,akan tiadalah usaha.bila tiada usaha maka tentulah tiada sebarang kejayaan.di sekolah,saya selalu berpesan pada pelajar saya tentang satu janji yang hebat iaitu "sesiapa yang berusaha PASTI akan berjaya!"ini janji Allah swt pada kita,
bukan sembarangan janji.cuma cepat atau lambat kejayaan itu kita terima,jika kita telah berusaha tapi masih gagal.percayalah Allah sedang menguji kita..yakinlah dengan sepenuh hati janji Allah,kejayaan pasti akan muncul cuma masanya kita tak tahu,cepat atau lambat dan dalam bentuk apakah ia..jeng jeng jeng!

p/s:mood:usaha nak dapatkan baby.caiyok suamiku!haha

5 comments

Post a Comment

pemikiran saya yang pelik?

4 comments
bila teringat perkara ini,saya naik hairan sendiri dengan pemikiran saya ni.yang tak tahan,sehingga umur 21 tahun saya percaya bulat-bulat perkara ni(err..macam tipu je umur 1 tahun dah pandai berfikir ke?)ok,tolak 8 tahun sebab saya dapat idea pelik ni masa darjah 2.hehe..ok sambung tentang pemikiran pelik tu...

1)setiap kali dengar atau baca berita org mati lemas disungai saya mesti tak puas hati.saya fikir,kenapa mesti nak goyang-goyangkan tangan sambil menjerit " tolong3!!",lepas tu mesti jadi tenggelam timbul dan akhirnya mati..tak boleh ke kalau bertenang,cool down. tarik nafas panjang-panjang kemudian turunlah ke dasar sungai dan berjalan kaki lah sampai ke tebing sungai.secara logiknya dasar sungai kan semakin ketepi semakin cetek.dan akhirnya saya akan selamat!saya punyalah yakin dengan idea ni dan bercerita penuh konfiden pada kawan saya sewaktu lepak ditasik UTM dengan starting " kalau aku lemaskan....bla3.."tiba-tiba kawan saya menyampuk,"err..aku rasa ko mati dulu kalau buat macam tu!" saya terkejut!kenapa pulak mati?..kawan saya cakap "ko ingat cukup ke oksigen ko tu?dasar sungai tu dh la berlumpur,arus laju pulak tu!"...tiba-tiba saya tersedar,betul jugak tu.paru-paru saya bukannya sebesar tong gas.kenapalah saya boleh terfikir idea berjalan didasar sungai tu?13 tahun saya percaya dan yakin 100% dengan idea tu..aduhh..saya rasa very stupid. pemikiran otak saya rupanya x berkembang seiring dengan usia.itu idea waktu umur 8 tahun dan tak pernah diupdate!huh..

2)yang ini pun saya berulang kali fikir kenapalah saya pernah ada idea tah ape2 ni?something wrong somewhere dalam otak saya agaknya.haha.ceritanya,saya dan en.suami berjalan-jalan ke melaka sewaktu alam percintaan dulu.sanggup naik bas ekspress dari batu pahat 2 jam untuk dating di melaka then tengahari balik semula ke batu pahat.semasa jalan-jalan saya terjumpa keychain berbentuk keris yang halus dan agak tajam muncungnya.saya pun belilah.dalam otak saya fikir,fungsi keychain keris ni bagus ni.kalau kunci bilik hilang boleh korek lubang kunci ngan keris ni.xperlu susah-susah cari dawai ke apa ke.saya pun sangkutkan la keychain tu pada kunci bilik sy.berminggu-minggu pergi kelas saya letak kunci dalam poket seluar,mencucuk la keris tu pada peha saya (walopun xtajam macam keris sebenar tp mampu menembusi seluar jean huhu).saya buat xtahu aja.letak dalam beg kuliah,terkeluar muncung keris.tembus lagi..sampai satu hari masa saya tergopoh gapah cari kunci nak buka pintu bilik dan keris tu mencucuk peha saya pun sebut "aduhh! xguna punya keris ni..sakitla!"kawan saya berkata"dh sakit letak lagi dalam poket seluar" saya jawab "ak letak sekali sini kalau anak kunci ni hilang,aku boleh korek guna keris ni.." kemudian kawan saya cakap "tak ker kalau anak kunci tu hilang,ngan keris-keris ko tu sekali hilang?cmne nk korek??" dushhh!saya terkujat!yer tak yer la..aduhhh kenapala saya tak terfikir!sekali lg,saya rasa very-very stupid.nasib baik saya cuma bersusah payah dengan keris tu berminggu-minggu jer..kalau 13 tahun macam dulu?mau saya tikam diri dengan keris kontot tu.hahaha..

err..kenapa saya nak cerita semua ni?.......saja jerr nak kongsi idea-idea stupid ni......(err..xde moral pun??)

moralnya yg pertama, otak kita (otak saya la) ni kadang-kala boleh jadi biul sampai boleh tak terfikir sesuatu,sebab tu..ada sesetengah pelajar bila dibincang2 soalan latihan yanig diberi maka keluarlah jawapan "ek elleh cikgu!senang jer rupanya..saya TAK TERFIKIR plak tadi!"..so,sebagai cikgu i'm speechless la nak jawab apa sebab perkara ni berkait dengan aras kognitif otak setiap individu (nampak sangat aras kognitif saya rendah..huhu)..tapi masih boleh diperbaiki dengan perbanyakkan latihan yer..

yg kedua,betapa miracle nye otak sampai ada idea yang berkurun,lapuk masih tersimpan kukuh dalam otak.tapi jangan pelik,sebab tu lah manusia ni berbeza-beza, masing-masing ada kepercayaan dan pegangan sendiri yang mereka pegang sejak kecil. ada budak rasa "alaa mencuri pensil kawan tak salah,pensil je pun bukannya mahal!..budak tu kaya,nanti mak dia belilah yang baru"..see?inilah yang kita tak tahu.idealisme yang macam ni sebenarnya wujud(samala macam kes ke stupid an saya) dan bila diperbetulkan yang mencuri tetap salah walaupun curi duit seposen baru la budak ni akan sedar..tapi sapelah yang akan sedarkan tu ya?kitalah.siapa lagi...hoho..

p/s: saya memang suka menulis karangan dari drjah 4 lagi tp dah lama hobi ni terbiar sepi sejak habis spm dan masuk bidang Fizik.akhirnya saya dapat hobi saya balik di blog ni:))kui3

4 comments

Post a Comment

anak kucing baru

0 comments
2/8/12,wawa dah berjaya melahirkan bukan 1,bukan 2 tapi 5 ekor anak!!tengok perut macam kecik je..ak teka 2 ekor je sekali 5.hehe seronoknye menimang cucu..hari2 ak gosok perut die tanya bila nk beranak,balik sekolah semalam dh sda baby cat..huhu sabar nak tunggu umor 1 bulan,mesti comel nanti..selamat menjadi ibu wawa!!jeless mama ngn wawa.hahahaa!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...