sekolah dulu dan kini

0 comments
kisah lama aku tahun 2011,handphone nokia C6 yg berharga rm1100 baru dibeli seminggu oleh suamiku sempena hadiah hari guru hilang di bilik guru.lg sadis,handphone tu di dalam handbag yer,and that time blackout kt bilik guru.my mistake sebab tinggalkan handbeg masa pergi toilet sekejap.perasaan??4 sure la sedih X 1000..pencuri tu??gagal dikesan pelajar mn..tp ada suspek yg disyak oleh guru disiplin.pelajar tu sgt baik dengan aku.dia diugut untuk report polis,diprovoke sampai menangis2..endingnya??tidak mengaku..jauh disudut hati aku,aku x rasa dia orangnya.xtau lah kenapa..aku yakin bukan dia selepas bersumpah dengan alquran dihadapan ustazah.kes ni berakhir begitu saja..pencuri itu Masih BEBAS!


hari ini tahun 2012,kronologi yg sama seperti tahun lepas...aku sibuk terkejar kesana kesini kerana esok hari sukan.tertinggal handbeg dimeja dan nasib baik handphone aku pegang sebab Glemer plak hari ini.telefon xhabis berdering-dering Sukan punye pasal..balik-balik saja ke meja aku di bilik guru,purse dalam handbeg ternganga kosong.bila diingat-ingat balik mmg aku ade duit di dalam tu.nasib la cuma ada rm20+ saja.kalau rm200,menangis x berlagu la..persoalannya,aku lagi??haii.mmg si pencuri aim aku je ke??tak..sebab baru minggu lepas,cg XXX hilang handphone nyer samsung S-II yer..juga dibilik guru..cg XXX juga pernah kehilangan rm70 yg diletak dalam laci mejanya dibilik guru!persoalannya,adakah pencuri yang sama yg dalam diam tekun memerhatikan gerak geri guru di bilik guru?siapakah stalker yg x berguna tu??aku rasa macam nk jadi CSI pula..mahu tahu pelajar manalah yang rendah sgt moralitinya tu.Sekolah yg sepatutnya selamat kini sudah tidak selamat lagi.perasaan aku hari ini??tidak sedih kerana rm20++ hilang tapi cukup cukup dan cukup sedih kerana inilah gambaran bahawa pelajar kita semakin hari semakin buruk sahsiahnya.


Jika dahulu guru disanjung,sekarang guru pula menjadi mangsa pelajar.jika benar "bilik guru" itu
adalah bilik untuk guru,mengapa harus pelajar senang lenang keluar masuk??baik ditukar saja nama jadi "bilik pelajar dan guru".ada cadangan bernas mencadangkan agar dipasang cctv.baguss!!tapi,ada pula manusia bermodal insan yang rendah membantah!katanya, "nanti kantoila kalau-kalau xbuat kerja,bersembang ke..".mendengar kata-kata begitu panas betul hati ini..nampak sangat sudah selalu buat sebab tu takut tertangkap!padahal aku rasa pengetua takla sekejam tu untuk lihat guru-gurunya kejang kaku tak bercakap di meja masing-masing.normal la makhluk sosial seperti guru kalau bersembang sikit-sikit selepas habis kelas meluahkan perasaan yang pelbagai datang bertubi-tubi di dalam kelas.pada siapa lagi nak meluahkan,hanya guru yang memahami perasaan guru dgn baik...sudahnya,kesalahan itu datang balik pada aku yang dikatakan cuai.Ya!mmg aku cuai.. tapi cuainya aku meletakkan handbeg diatas meja ku sendiri di dalam bilikku sendiri.kalau bilik sendiri pun sudah tidak selamat,baik aku duduk dalam toilet saja.konferm pencuri tak datang toilet guru..apa yang sudah jadi telah pun terjadi.dalam beringat-beringat kadang teralpa juga.Aku manusia yang x punya sistem reminder yang rigid dalam otakku..walau apa pun,setiap malam sebelum tidur aku pasti akan maafkan pencuri itu.sebab aku tak mahu menunggu dia mencari aku diakhirat kelak untuk meminta maaf.tak ingin aku melihat muka orang muda tapi gelap masa depannya disana.Cukup dia tahu hasil pencuriannya selama ini takkan pernah membuat hidupnya senang dan tenang.semoga hatinya sentiasa gundah, tidak senang, tidak berbahagia dan akhirnya mengambil keputusan bertaubat.itu lah doa yang terbaik dari seorang guru yang menjadi mangsa pencurian dari anak murid sendiri.Sekian~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...