waktu relieve

0 comments
pada waktu ini,saya sedang menjaga peperiksaan di kelas 2 dot dot dot di tingkat 3.dihadapan bangunan sekolah saya ini,sedang berjalan rancak pembinaan sebuah appartmen mewah yang namanya apa saya pun dah lupa.pembinaan apartmen itu betul-betul sama aras dengan kelas yang saya jaga sekarang.dihadapan saya pula terdapat 20 orang pelajar yang sedang tekun menduduki peperiksaan.dari apa yang saya dengari dari rakan2 guru,pelajar kelas ini agak nakal dan memeningkan kepala guru.sejauh mana saya tak pasti kerana saya tak mengajar mereka.Bila saya lihat saja ke arah kanan saya,melalui pintu depan jelas kelihatan pekerja buruh binaan dibahagian atas bangunan,dibawah panas terik sedang sibuk bekerja.saya jadi terfikir,adakah mereka-mereka ini dahulunya pelajar yang malas?saya rasa tidak.adakah mereka ini tidak punya pilihan kerja yang lain?erm..mungkin ya. bila saya fikir dan fikir balik (maklumlah bosan jaga exam.apa lagi saya boleh buat selain brrfikir.hehehe)saya rasa kesimpulan yang saya boleh buat adalah manusia ini ada dua golongan.golongan yang pertama adalah golongan yang tak berpeluang.dan golongan kedua adalah golongan yang tak menghargai peluang.mungkin buruh-buruh ini dahulu tidak mempunyai peluang untuk belajar disebabkan oleh pelbagai kekangan atau pun mereka memang mendapat peluang untuk belajar untuk mengubah masa depan mereka tapi mereka tak hargai peluang tersebut.jadi saya yang berada di dalam kelas,dibawah kipas,duduk di kerusi guru yang empuk memandangkan muka pelajar-pelajar didepan saya yang berumur 14 tahun.mereka ini sudah tentu lah bukan tergolong dalam golongan pertama yang tak berpeluang kerana setiap dari mereka mendapat peluang yang sama untuk belajar.maka?adakah mereka adalah golongan kedua?opss belum tentu lagi.minta-minta dijauhkan.hari-hari mereka lihat buruh binaan bekerja dihadapan mereka.kalaulah mereka dapat berfikir tentang apa yang saya fikirkan ini tentu mereka boleh ambil pengajaran dan sekolah saya akan jadi sekolah cemerlang tahun ini.Tapi,apa yang saya dengar dari warga sekolah ini,pembinaan itu menganggu pembelajaran di sekolah.bunyi bising mesin2 gerudi.biasalah negatif semua orang nampak.tapi yang positif.hehehehe...ok masa merapu time jaga exam dh tamat.sekarang boleh kembali ke bilik guru..yahoo!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...