Starting of Our Love (Part 1) ~ WaNie's View

3 comments

16 Januari 2003
Masa tue kami form 4,,hehe,,kecik-kecik dah gatalkan,,mijie la ni,(dia yang mula dulu,kalau x,i x kapel mude2 ni)hahaha..
Awal2 tahun form 4, kitorang masing-masing berdebar-debar tunggu posmen,,dalam hati masing-masing saspennyer dapat tawaran masuk sekolah mane la ni...opss,,before 2,nk tunjuk kat korang,,kitorang pernah masuk surat khabar dlu,yay!setelah digodek2,akhirnye jumpe balik paper ni,,huhu,,kena simpan tunjuk kt cucu cicit ni,,,hahahhaa,,,

DAERAH Setiu, Terengganu mencatat keputusan drastik dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2002 apabila berjaya mencatat peningkatan 16.5 peratus calon lulus pangkat A,B,C dan D) semua mata pelajaran, iaitu meningkat kepada 52.1 peratus berbanding 35.1 peratus tahun 2001. Seramai 540 daripada 1,045 calon membabitkan lima sekolah daerah itu lulus semua mata pelajaran.
Daerah itu juga mencatat peningkatan dari segi kualiti apabila 12 calon berjaya meraih keputusan semua A (9A/8A) berbanding dua calon tahun lalu.
“Malah kita juga berjaya melepasi target calon mendapat semua A daripada lapan kepada 12 dan 7A hingga 9A daripada 25 kepada 27,” kata penolong pegawai pendidikannya, Romeli Ismail.
SMK Penarek muncul sekolah paling ramai mendapat kelulusan semua A, iaitu 8 calon; SMK Sungai Tong (2) dan SMK Chalok seorang calon.
Dari segi mata pelajaran pula hampir semua menunjukkan peningkatan dari segi pangkat A dan lulus keseluruhan. Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan amat ketara apabila 34 calon mendapat pangkat A berbanding 5 tahun lalu. Bahasa Melayu mengatasi mata pelajaran lain dengan 194 mendapat pangkat A, diikuti Kemahiran Hidup Pilihan 1 (135), Pendidikan Islam (122), Geografi (96), Matematik (95), Sejarah (83), Sains (71), Kemahiran Hidup Pilihan 2 (71), Kemahiran Hidup Pilihan 3 (46) , Bahasa Inggeris (34) dan Bahasa Arab (6).
Romeli berkata tiga calon yang memperoleh 9A ialah Siti Sahara Niza Baharudin dari SMK Sg Tong, Munira Mohamad (SMK Penarek) dan Roga Azmala Ab Rahman (SMK Saujana).
Pelajar lain yang mendapat 8A ialah Nor Salwani Mat Noor, Mohd Faez Nasir, Mohd Shakir Hanafi, Ahmad Amirullah Rosdi, Maa Ajmalaisyatu Illani Mat Nawi, Mohd Hasrul Ramli dan Tarmizi Ramli (SMK Penarek), Jasmin Sofia Yusof (SMK Chalok) dan Khuzaimah Mat Yusoff (SMK Sg Tong).
“Pencapaian yang meningkat bagi daerah Setiu adalah hasil kerja kuat guru, ibu bapa dan pelajar yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat dan jemu.
“Selain itu dengan wujudnya program turun padang yang dilakukan sendiri Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Rozali Ismail yang memberi motivasi kepada pelajar, guru dan ibu bapa menjadi pendorong kepada kejayaan yang membanggakan itu,” katanya.
“Daripada 250 calon yang terpilih mengikuti Seminar Kecemerlangan PMR akhbar Minda Pelajar, 228 mendapat 2A hingga 9A,” kata Romeli.

Haha,,bangga sekejap...so alkisahnyer, mijie dpt offer dulu dari i,jelessssnyer,,die dpt twaran dari SM Sains Kuala terengganu aka SESTER...masa ni kitorang xde ape-ape lagi...(tp xtaula plak org 2 dah pendam perasaan 2 tahun kn =p,,)...hurm,,masa tue i dah down,,knape mijie dpt dlu,,,agaknyer 8A ak x berkualiti kot,,sedihnyer,,=(,,,wanie jgn sedih2..

So, b4 mijie lapor diri di SESTER, jeng je jeng!dengan tak semena-mena beliau menulis surat luahan perasaan (7 tahun yg lalu, alat komunikasi yg paling ideal di sekolah2 adalah surat..atau lebih tepat lagi, surat CINTA ^^) ,,surat tue ade lagi tersimpan elok smpai sekarang,,hehehe,,, so sweet..1st time, i dapat surat tue air mata menitik (ceh, adakah kerana sgt terharu??)...mijie masa tue pendiam,budak kelas arab lak 2,,,pandai lagi,,waaaa nape die bleh suka aku ni??............to be continued.


3 comments

November 8, 2010 at 11:03 AM

Amboi2..sedap kata kita gatal eh..yeke kalau i x mula dulu u x kapel muda2?hihihi

Reply
November 8, 2010 at 1:47 PM

hahahahhaha.......long story dear...buka buku baru dgn kisah kt,yay!

Reply
November 8, 2010 at 9:27 PM

nk buka buku 555 bleh x?haha

Reply
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...