• Best Moment

    The Best Moment

    The Moment that we cherish together.

  • Easy to Customize

    Easy to Customize

    Nunc sapien risus, molestie sit amet pretium a, rutrum a velit. Duis non mattis velit. In tempus suscipit sem, et consectetur.

  • Clean Design

    Clean Design

    Class aptent taciti sociosqu ad litora torquent per conubia nostra, per inceptos himenaeos. Nam consequat risus et lectus aliquet egestas.

  • Works Everywhere

    Works Everywhere

    Nullam a massa ac arcu accumsan posuere. Donec vel nibh sit amet metus blandit rhoncus et vitae ipsum.

  • Web Development

    Web Development

    Suspendisse eleifend nulla in est euismod scelerisque. Etiam lacinia fermentum nunc id imperdiet.

  • Color Picker

    Color Picker

    Nullam tortor tellus, iaculis eu hendrerit ut, tincidunt et lorem. Etiam eleifend blandit orci.

waktu relieve

0 comments
pada waktu ini,saya sedang menjaga peperiksaan di kelas 2 dot dot dot di tingkat 3.dihadapan bangunan sekolah saya ini,sedang berjalan rancak pembinaan sebuah appartmen mewah yang namanya apa saya pun dah lupa.pembinaan apartmen itu betul-betul sama aras dengan kelas yang saya jaga sekarang.dihadapan saya pula terdapat 20 orang pelajar yang sedang tekun menduduki peperiksaan.dari apa yang saya dengari dari rakan2 guru,pelajar kelas ini agak nakal dan memeningkan kepala guru.sejauh mana saya tak pasti kerana saya tak mengajar mereka.Bila saya lihat saja ke arah kanan saya,melalui pintu depan jelas kelihatan pekerja buruh binaan dibahagian atas bangunan,dibawah panas terik sedang sibuk bekerja.saya jadi terfikir,adakah mereka-mereka ini dahulunya pelajar yang malas?saya rasa tidak.adakah mereka ini tidak punya pilihan kerja yang lain?erm..mungkin ya. bila saya fikir dan fikir balik (maklumlah bosan jaga exam.apa lagi saya boleh buat selain brrfikir.hehehe)saya rasa kesimpulan yang saya boleh buat adalah manusia ini ada dua golongan.golongan yang pertama adalah golongan yang tak berpeluang.dan golongan kedua adalah golongan yang tak menghargai peluang.mungkin buruh-buruh ini dahulu tidak mempunyai peluang untuk belajar disebabkan oleh pelbagai kekangan atau pun mereka memang mendapat peluang untuk belajar untuk mengubah masa depan mereka tapi mereka tak hargai peluang tersebut.jadi saya yang berada di dalam kelas,dibawah kipas,duduk di kerusi guru yang empuk memandangkan muka pelajar-pelajar didepan saya yang berumur 14 tahun.mereka ini sudah tentu lah bukan tergolong dalam golongan pertama yang tak berpeluang kerana setiap dari mereka mendapat peluang yang sama untuk belajar.maka?adakah mereka adalah golongan kedua?opss belum tentu lagi.minta-minta dijauhkan.hari-hari mereka lihat buruh binaan bekerja dihadapan mereka.kalaulah mereka dapat berfikir tentang apa yang saya fikirkan ini tentu mereka boleh ambil pengajaran dan sekolah saya akan jadi sekolah cemerlang tahun ini.Tapi,apa yang saya dengar dari warga sekolah ini,pembinaan itu menganggu pembelajaran di sekolah.bunyi bising mesin2 gerudi.biasalah negatif semua orang nampak.tapi yang positif.hehehehe...ok masa merapu time jaga exam dh tamat.sekarang boleh kembali ke bilik guru..yahoo!

Read more

gazebo

0 comments
sebabkan kami cuma ada masa weekend je utk mengemas halaman rumah,maka minggu kami memilih untuk mengemas gazebo.penat jugak rupanya..mula2 kena kikis dulu cat2 yang dah terkopak dekat lantai kayu supaya nanti bila kami cat dia tak tercabut..lepas kikis2..adegan membasuh pulak sebab dah dipijak2 dengan selipar..kemudian bila dh kering,stat mengecat atau menyelet kayu..bidai buluh yang lama pun dah kami tukar dengan yang baru.beli di air hitam,5 x 5 kaki lebar rm40.so kami beli 4 keping bidai untuk kiri kanan gazebo.fungsinya untuk mengurangkan tempias hujan dan akhirnya merosakkan cat.hoho...


Read more

alhamdulillah

4 comments
akhirnya..13/10/12..hari paling bermakna.syukur ya Allah..syukur.pukul 4 pg tadi,saya tersedar dr tido dan tergerak hati utk buat test pregnancy kerana period sudah delay 2 minggu.harapan tak tinggi sebab biasa kecewa.dulu pernah delay sampai 3 minggu.tapi hampa..sebab itu saya lebih senang membuat anggapan delay kali mungkin disebabkan perubahan hormon kerana terlalu penat pindah rumah.hehe..malah,semalam pun saya sempat mencangkul lubang untuk menanam pokok keladi yang saya rompak dari sekolah.siap angkat pasu lagi..fuh!pg ini saya nekadkan hati utk buat upt kerana pagi nnt saya akan ke rumah sepupu saya.mak long n pak long dari terengganu datang ke johor.seperti yg dijgka,soalan tentang anak pasti akan keluar.dan manalah tahu betul upt positif,bolehla saya dengan mudahnya menjawab soalan mereka.hehe..seawal 4 pg saya sudah tersedar dari tido,perasaan saspen menyebabkan tidur saya tak lena.akhirnya saya bangun dan ke toilet dan buat upt.tak sampai 20 saat,keluar dua garis dengan jelas sekali.saya terkejut.ambil balik sarung upt utk semak result positif pregnant.betul 2 line!gembiranya!alhamdulillah.saya terus kejutkan suami dan cakap 'ayg!b pregnant! suami saya bingkas bangun dan cakap "yeke??betul ke??Tq syg!!"...saya tunjukkan upt itu pd suami.kami berpelukan gembira.indahnya saat tu..syukur ya Allah!slps itu,saya tak boleh tidur.mungkin rs masih tak percaya..pukul 5 pg saya ke toilet dan ambil wuduk,saya buat solat tahajud dan sujud syukur pada Allah swt yang maha kuasa.sesungguhnya perancangan Allah maha hebat.setelah selesai berpindah rumah,baru Allah kurniakan kami zuriat.kalau sebelum pindah,tentu saya tak dapat membantu suami sepenuhnya kerana risau..jam 10 pg kami ke klinik untuk cek dengan doktor.DOc mencadangkan kami utk scan supaya boleh tahu umur baby.tapi bila scan masih tiada apa2..cuma ada 1 bulat putih yang kecil.Doc cakap mungkin baby baru berusia 1-2minggu umur sebenarnya memandangkan period saya yang kucar kacir harinya.tak boleh jangka ovulation day bila.kalau ikut tarikh period sudah minggu ke-6.hati saya terus risau..bimbang..ya tuhanku.kemudian doc mencadangkan utk double konfem upt.saya pun menjalani ujian air kencing.dan sepantas kilat naik 2 line.Doc mengesahkan betul saya pregnant tapi perlu dtg kembali untuk scan 2 minggu lagi.doc risau kalau2 berlaku ectopic pregnancy iaitu zigot menempel di fallopian tube/diluar dari rahim.ya Allah minta dijauhkan semua itu.huhu..suami mcm biasa,setia memberi semangat pada saya yang sudah mulai down..satu perkara yang saya dapat tahu juga hari ni adalah rahim saya agak kebelakang dan menyebabkan sperma perlu berenang agak jauh untuk sampai..untuk sedapkan hati saya,doc cakap mungkin baby x nampak sebab die dok belakang sangat memandangkan scan hanya boleh tgk dari depan dan tepi saja.terima kasih doc kerana cakap mcm tu.lega sikit hati ni..:)..kesimpulannya,saya sgt berharap baby kami selamat,sihat dan tiada masalah.apapun saya berserah semuanya pada Allah.perancanganNya lah yang paling terbaik...insyaAllah.doakan kami ye kawan-kawan:)

Read more

rumah sendiri

0 comments
post kali ni tentang rumah sendiri yg kami dh pun pindah masuk.cuma tinggal lg 5% tak siap kemas,itu pun bahagian luar rumah iaitu gazebo.tak sapu pun lg.hehe.biasalah,kena tunggu weekend baru ada masa nak buat.hari bekerja jangan haraplah.rumah kami pun masih tak sempat cat sebab hari tu pindah tergesa-gesa.so guna je lah warna asal tuan rumah iaitu biru n krim.bila campur dengan kaler perabot kami dh macam serabut pulak jadi.hehe..takpela,sementara waktu je kan..setakat ni,duit yang dah habis untuk rumah ni:

sewa lori:rm220(mahal gile,padahal jarak tak sampai 1km ngan rumah sewa.huhu)

servis aircond:rm360(termasuk tukar beberapa barang yang dah rosak sebab setahun dah orang x guna.so skrg tido dalam aircond la,bajet mcm hotel gitu.wakaka

potong rumput:Rm30,kol saja pakcik tu dia datang.memang bagus kerja dia,siap sapu setempat lagi laman kami.gud2..

ok sekarang mari tengok dalam rumah,tak lama lagi nak kena cat ni.xseswai betul gayanya warna biru tu.huhuuu


Read more

pindah rumah sendiri.yahoo!

3 comments
kami pindah berdua saja.angkut barang berdua.kemas balik pun berdua.ala-ala merpati dua sejoli gitu.hehehe...tapi,penatnya.Allah saja tahu.tapi tak sangka juga,dalam 2 hari saja kami kemas barang,angkut barang,dan kemas balik!pheww!setel..sudah boleh goyang kaki.cuma tinggal yg sikit2 jer lagi..projek paling besar dalam masa terdekat adalah mengecat pagar rumah..sekarang mari tengok gambar proses pemindahan kami hehehe...

P/s:kepada encik suami, tolong edit balik susunan gambar ni ikut flow yer.b malas lah..hahaha!


Read more

cara-cara membasuh..

0 comments
semalam kami start projek pindah rumah.mula-mula mestila kena basuh rumah.hehe..proses pembasuhan ada 5 step ok.

step 1: sapu semua sampah masyarakat atas lantai segala debu dan habuk.

step 2: simbah air guna wayar.kalu guna baldi bila zaman mau siap.hehe.masa ni air yg mengalir agak kehitaman kalau rumah dh lama tinggal.sapu air tu keluar rumah sampai bersih.

step 3: simbahkan ajax fabuloso/kleen/ atau kotoran degil guna la clorox then berus2/sental air sabun tu.nilah proses paling penat..huhu

step 4:kemudian,simbahkan air bersih utk membilas sabun tadi.

step 5:guna kain tuala yg makin tebal
makin bagus.lepas tu pijak dengan kaki sambil gerakkan kedua dua kaki ala2 berjalan.kalu cinderella dia guna tangan.tak rajin lah.hehe...bila dh basah tuala,perah.lepas tu buat lg.bila anda buat begini,hanya stgh jam rumah pasti akan kering.dan jangan lah kedekut elektrik utk membuka kipas selaju mungkin.hehehehehe

sekian,selamat membasuh rumah.kami dah.anda bila lagi?? :p


Read more

Azadeh Bazooband

0 comments
saya memang suka berkawan.tapi saya tak suka berkawan dengan orang yang berlagak.hehe..alergik.bagi saya kawan adalah orang yang paling banyak memberi ilmu pada saya.mengikut hipotesis saya,semakin ramai kawan,semakin banyak ilmu saya dapat.saya percaya, setiap individu punya fahaman,pengalaman dan kepakaran yang berbeza-beza.sebab itu saya teringin mempunyai rakan-rakan dari semua kaum dan semua jenis pekerjaan.boleh sama-sama berkongsi pengalaman semasa belajar,bekerja walhal pengalaman semasa makan sekalipun..kawan saya yang lain dari yang lain cuma ada 3 orang iaitu Azadeh,Aqil dan Wai yoke.lain disini bermaksud bukan melayu dan saya bangga berkawan dengan mereka.banyak saya belajar dari mereka.Azadeh dan aqil berasal dari Iran.kali ni saya cuma mahu menulis tentang kawan saya,Azadeh.jika mahu ditulis tentang mereka bertiga rasanya habis 10m/s karangan saya.huhu..

Azadeh merupakan teman sekelas saya di UTM 2 tahun yang lalu,sudah berkahwin,guru fizik di Iran dan menyambung master pendidikan fizik di Utm.kami selalu berbual tentang pelbagai topik walaupun bahasa inggeris kami lintang pukang.konsep pertuturannya cuma "janji ko pahamm".hehe..paling teruk,kami akan manfaatkan waiyoke untuk translatekan bahasa inggeris kami sebab waiyoke sangat hebat bahasa inggerisnya(waiyoke pernah bekerja di london or US saya tak pasti selama 2 tahun.hebatkan)..paling saya ingat tentang perbualan saya dan Azadeh bila kami melihat ramai pelajar dan pensyarah berduyun2..pergi ke masjid utm sewaktu azan azar.AZadeh kata,dinegaranya (iran)pemandangan seperti ini sudah jarang dapat dilihat.dia seronok berada di utm dan berasa sungguh islamik di utm!masyarakat islam disini masih bagus dan menyahut seruan azan.saya pulak "oooo..really?" dalam otak saya,ingatkan iran lagilah islamiknya.baru saya tahu.AZadeh juga selalu bercerita pada saya tentang masalah anak dia yang bersekolah di international school,JB.bagaimana anaknya yang kecil berkonflik dari segi bahasa,cara bermain dan bersosial kerana segalanya berbeza di Malaysia dan Iran.hingga si kecil itu selalu menangis bila pulang dari sekolah..saya belajar dari ketabahan dan kegigihan Azadeh.Betapa dia gigih merantau untuk mendapatkan sekeping ijazah sarjana.dibawanya semua ahli keluarga dari iran ke malaysia.sedang saya?anak masih tiada,rumah pulak cuma di pasir gudang.jarak cuma 30km dari utm.pun masih tak siap-siap thesisnya.huhu..insaf sekejap!.tak lama selepas itu,saya posting dan bertukar kepada part time study.itulah kelas terakhir saya bersama Azadeh iaitu dua tahun yang lalu.1 semester yang cukup pendek namun Azadeh berjaya meninggalkan kesan berpanjangan dihati saya.....................

Hari ini,
12/9/2012,
saya menerima satu mesej di facebook,rupanya dari Azadeh!terkejut saya..sudah 2 tahun tidak berjumpa,berbual dan bergelak ketawa bersama.hari ini akhirnya saya faham sesuatu..rupanya Azadeh juga mengingati saya sebagaimana saya mengingati dia :)


buat Azadeh yang tidak memahami bahasa melayu...:

Dear Azadeh,

if u ever have a chance to read this,i just want you to know that i'm not talking bad about you as i write the whole story above in malay.i'm just sharing our friendship memories so that they know by having a different culture friends is such a great experience!like we two did.:)..i appreciate u so much for coming into my life and being such a nice friend,believe me in every words i have told u,laughing with me everytime we use english words brokenly.who cares right?haha..but as time went by,we dont have any choice but to keep move on.i guess you are in Iran now,working greatly as a teacher who had a lots of experience in travelling(hope u tell your students all the good things i have told u about malaysian :p ) and of course in physic too (u r master degree holder now,4 sure u r better than before ;)).so..i wish u all the best in your life,friend!u will always be remembered,no matter how long it will be.because you are my friend!:).

hugs and kisses,
wani:)


p/s:saya tak malu kalau english saya broken tapi saya lagi malu kalau saya tak berbuat apa-apa untuk buat Azadeh faham :p


Read more

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...