kawen orang dekat

0 comments
ramai orang bila tanya saya orang mana dan suami orang mana,saya jawab "kami dua2 terengganu,sedaerah.Rumah kami jaraknya 15 minit ajer...." dan jawapan yang pasti akan keluar dari mulut(sambil buat bibir bentuk bulat) mereka yang bertanya "oohh..senanglaaa nanti raya tak gaduhla balik kampung mana.."..saya pun ia kan ajer.malas nak membentang segala hujah yang ada dalam otak.hehe..hakikatnya sebenarnya ia taklah semudah menyebut "senanglaaaa...".. sebenarnya ia lebih memeningkan tahu?. bila balik kampung mesti singgah rumah ma saya dulu sebab jumpa rumah ma dulu. dah singgah ofkos la tak boleh kejap..maklumlah 2 bulan tak jumpa anak bongsu dia(saya la)..tunggula sampai makan tengahari dulu kata ma saya sedangkan jadual pembahagian cuti telah termaktub hari perrtama di kg kali ni dirumah mertua.huhu..mak disana pun dah standby dgn masakan tengahari menanti kami pulang tp ma disini membuat roadblock..ya,inilah dilema namanya.sudahnya,suami saya lah yang akan mengalah..(sebab tu saya sayang sangat kt dia)hehe..awal-awal kawen dulu,ma saya la yang banyak membuat onar.agaknya masih sukar ma saya nak terima yang anaknya ini sudah ada dua keluarga kot.bila giliran berada di rumah mertua,ma saya ajak kesana kemari teman dia berjalan-jalan.bila ckp esok malam balik tidur rumah ma plak,pukul 2 petang dia sudah telefon "bila nak baliknya?.." hehehe..ma..ma..maka jadilah kami macam kucing hilang anak.kesana kemari.angkut beg baju tiap-tiap hari..hari ni rumah ma,esok rumah mak,lusa rumah ma..semuanya sebab nak menjaga hati kedua-dua keluarga(dan hati sendiri hehe)..sudahnya kami dua-dua pening dengan keadaan macam ni..sampailah satu hari ma saya cakap (selepas beberapa kali balik bercuti,sesudah 5 bln kawen).."tidur je la kt sana hari-hari pun(umah mertua) ma tak kecik-kecik hati la..tapi siang balik sini"..muahaha..terer tak taktik ma saya?......tapi balik raya kali ini,kami dh terer.3 hari tidur rumah ma,lepas tu 3 hari tidur rumah mak..alhamdulillah tak pening macam dulu lagi.hehe..semua orang dh tak kecik hati..semua orang gembira!

p/s: nampak sangat ma saya sangat sayangkan saya kn :p


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...