kalaulah...kalaulahhhh...

5 comments
kalaulah hidup ini seperti apa yang saya impikan..alangkah bahagianya!tapi tak bermakna saya tak bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang.cuma,tak salahkan kalau saya ada angan-angan?hehe..seperti angan-angan masa kecil nak menjadi princess ala-ala cinderella gitu..nak pakai gaun yang skirtnya kembang semangkuk.bezanya,itu sudah tentulah angan-angan mat jenin saja.imposible la abah dan ma saya tiba-tiba memiliki sebuah negarakan.(kalauulahhhh..).selain dari nak jadi princess,banyak lagi angan-angan saya, ada angan-angan yang dah menjadi kenyataan dan ada yang masih tinggal angan-angan..kalaulah saya...

1)KAYA
-rasanya semua orang nak jadi kaya.tipulah kalau saya tak.sejak kecil saya nak jadi orang kaya,ada rumah besar,ada kereta besar.tapi bila saya dah dewasa,saya rasa tak semua orang kaya itu bahagia.malah mungkin lebih huru hara memikirkan macam mana nak mantain segala harta yang ada.syukurlah saya punya kehidupan walaupun sederhana saja(kereta pun viva je) tapi hati tetap tenteram dan bahagia..hehe

2)DAPAT MAIN SALJI
saya memang tak pernah ke luar negara..eh tapi saya pernah pergi ke singapore!kira oversea la kan tapi iklimnya sama saja apatah lagi nak ada salji.memang tak lah.tapi suami saya pernah pergi ke Guang Zhou (tak tahu eja betul ke tak) dan merasai salji!dan dia pernah janji nak bawa saya ke sana..(semoga dia ingat!hehe)..cita-cita saya juga nak pergi tembok besar cina yg penuh sejarah.hehe

3)NAK BAWA MA DAN ABAH PERGI MEKAH
- walaupun mereka dah pun kesana cuma saya je tak sampai-sampai lagi,saya tetap berangan nak bawa mereka ke sana dengan duit titik peluh saya sendiri.masalahnya,saya masih tak mampu huhuhu..

4)DAPAT SUAMI SOLEH
-Saya bersyukur dijodohkan oleh Allah dengan suami saya.bagi saya,dia melengkapi hidup saya.Semoga saya dapat menjadi isterinya lagi di syurga nanti,insyallah.

5)LIMA ORANG ANAK
- saya impikan keluarga yang besar tapi memadai 5 anak.kalauulah ada rezeki lebih,besar tapak tangan nyiru saya tadahkan.Buat masa sekarang,jika dapat seorang tak kira lelaki atau perempuan pun syukurr alhamdulillah..

akhir cerita,bagi saya tak salah jika nak berangan-angan.tanpa angan-angan takkan ada keinginan.bila tiada keinginan,akan tiadalah usaha.bila tiada usaha maka tentulah tiada sebarang kejayaan.di sekolah,saya selalu berpesan pada pelajar saya tentang satu janji yang hebat iaitu "sesiapa yang berusaha PASTI akan berjaya!"ini janji Allah swt pada kita,
bukan sembarangan janji.cuma cepat atau lambat kejayaan itu kita terima,jika kita telah berusaha tapi masih gagal.percayalah Allah sedang menguji kita..yakinlah dengan sepenuh hati janji Allah,kejayaan pasti akan muncul cuma masanya kita tak tahu,cepat atau lambat dan dalam bentuk apakah ia..jeng jeng jeng!

p/s:mood:usaha nak dapatkan baby.caiyok suamiku!haha

5 comments

August 9, 2012 at 10:26 AM

Jom usaha dapatkan baby..kih3..^_^

Reply
August 9, 2012 at 10:27 AM

Masa g Guangzhou dulu mana ada salji syg..hehe

Reply
August 9, 2012 at 3:49 PM

yeke?bukan ayg citer sejuk sangat2 ker?hehehe

Reply
August 9, 2012 at 4:26 PM

sejuk jer..tp xde salji pn..hahahaha

Reply
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...