pemikiran saya yang pelik?

4 comments
bila teringat perkara ini,saya naik hairan sendiri dengan pemikiran saya ni.yang tak tahan,sehingga umur 21 tahun saya percaya bulat-bulat perkara ni(err..macam tipu je umur 1 tahun dah pandai berfikir ke?)ok,tolak 8 tahun sebab saya dapat idea pelik ni masa darjah 2.hehe..ok sambung tentang pemikiran pelik tu...

1)setiap kali dengar atau baca berita org mati lemas disungai saya mesti tak puas hati.saya fikir,kenapa mesti nak goyang-goyangkan tangan sambil menjerit " tolong3!!",lepas tu mesti jadi tenggelam timbul dan akhirnya mati..tak boleh ke kalau bertenang,cool down. tarik nafas panjang-panjang kemudian turunlah ke dasar sungai dan berjalan kaki lah sampai ke tebing sungai.secara logiknya dasar sungai kan semakin ketepi semakin cetek.dan akhirnya saya akan selamat!saya punyalah yakin dengan idea ni dan bercerita penuh konfiden pada kawan saya sewaktu lepak ditasik UTM dengan starting " kalau aku lemaskan....bla3.."tiba-tiba kawan saya menyampuk,"err..aku rasa ko mati dulu kalau buat macam tu!" saya terkejut!kenapa pulak mati?..kawan saya cakap "ko ingat cukup ke oksigen ko tu?dasar sungai tu dh la berlumpur,arus laju pulak tu!"...tiba-tiba saya tersedar,betul jugak tu.paru-paru saya bukannya sebesar tong gas.kenapalah saya boleh terfikir idea berjalan didasar sungai tu?13 tahun saya percaya dan yakin 100% dengan idea tu..aduhh..saya rasa very stupid. pemikiran otak saya rupanya x berkembang seiring dengan usia.itu idea waktu umur 8 tahun dan tak pernah diupdate!huh..

2)yang ini pun saya berulang kali fikir kenapalah saya pernah ada idea tah ape2 ni?something wrong somewhere dalam otak saya agaknya.haha.ceritanya,saya dan en.suami berjalan-jalan ke melaka sewaktu alam percintaan dulu.sanggup naik bas ekspress dari batu pahat 2 jam untuk dating di melaka then tengahari balik semula ke batu pahat.semasa jalan-jalan saya terjumpa keychain berbentuk keris yang halus dan agak tajam muncungnya.saya pun belilah.dalam otak saya fikir,fungsi keychain keris ni bagus ni.kalau kunci bilik hilang boleh korek lubang kunci ngan keris ni.xperlu susah-susah cari dawai ke apa ke.saya pun sangkutkan la keychain tu pada kunci bilik sy.berminggu-minggu pergi kelas saya letak kunci dalam poket seluar,mencucuk la keris tu pada peha saya (walopun xtajam macam keris sebenar tp mampu menembusi seluar jean huhu).saya buat xtahu aja.letak dalam beg kuliah,terkeluar muncung keris.tembus lagi..sampai satu hari masa saya tergopoh gapah cari kunci nak buka pintu bilik dan keris tu mencucuk peha saya pun sebut "aduhh! xguna punya keris ni..sakitla!"kawan saya berkata"dh sakit letak lagi dalam poket seluar" saya jawab "ak letak sekali sini kalau anak kunci ni hilang,aku boleh korek guna keris ni.." kemudian kawan saya cakap "tak ker kalau anak kunci tu hilang,ngan keris-keris ko tu sekali hilang?cmne nk korek??" dushhh!saya terkujat!yer tak yer la..aduhhh kenapala saya tak terfikir!sekali lg,saya rasa very-very stupid.nasib baik saya cuma bersusah payah dengan keris tu berminggu-minggu jer..kalau 13 tahun macam dulu?mau saya tikam diri dengan keris kontot tu.hahaha..

err..kenapa saya nak cerita semua ni?.......saja jerr nak kongsi idea-idea stupid ni......(err..xde moral pun??)

moralnya yg pertama, otak kita (otak saya la) ni kadang-kala boleh jadi biul sampai boleh tak terfikir sesuatu,sebab tu..ada sesetengah pelajar bila dibincang2 soalan latihan yanig diberi maka keluarlah jawapan "ek elleh cikgu!senang jer rupanya..saya TAK TERFIKIR plak tadi!"..so,sebagai cikgu i'm speechless la nak jawab apa sebab perkara ni berkait dengan aras kognitif otak setiap individu (nampak sangat aras kognitif saya rendah..huhu)..tapi masih boleh diperbaiki dengan perbanyakkan latihan yer..

yg kedua,betapa miracle nye otak sampai ada idea yang berkurun,lapuk masih tersimpan kukuh dalam otak.tapi jangan pelik,sebab tu lah manusia ni berbeza-beza, masing-masing ada kepercayaan dan pegangan sendiri yang mereka pegang sejak kecil. ada budak rasa "alaa mencuri pensil kawan tak salah,pensil je pun bukannya mahal!..budak tu kaya,nanti mak dia belilah yang baru"..see?inilah yang kita tak tahu.idealisme yang macam ni sebenarnya wujud(samala macam kes ke stupid an saya) dan bila diperbetulkan yang mencuri tetap salah walaupun curi duit seposen baru la budak ni akan sedar..tapi sapelah yang akan sedarkan tu ya?kitalah.siapa lagi...hoho..

p/s: saya memang suka menulis karangan dari drjah 4 lagi tp dah lama hobi ni terbiar sepi sejak habis spm dan masuk bidang Fizik.akhirnya saya dapat hobi saya balik di blog ni:))kui3

4 comments

Anonymous
August 8, 2012 at 9:53 AM

babe, tolong update sket otak tu. dah kawen ni, jangan nak bebudak sangat. haha!

yg pasal lemas sungai tu, kalo ko belaja berenang, ko akn tahu macam mane punca lemas tu berlaku. bila air masuk mulut, confirm akn lemas. bila duk dlm air, tak boleh buka mulut. dah angkt muka ke permukaan air, baru boleh buka mulut. by the way, i'm learning swimming. bestt! now dah bole berenang (still slow), but not bad. hehe! nampak swimming cham senang, but bila belaja dgn cara yg betol, mmg senang. yg penting, kene control breathing!

yg tang keris tu, ak bersyukur betol kawan ko tegor awal2. kalo tak, sampai saat ni lah ko duk pikir mende tu. hahahaha!

nice stories babe. we learned from mistakes ;)

Reply
August 8, 2012 at 1:34 PM

hahaha..ko bc rupenye blog ni nasib baik aku tak de kutuk ko kan babe..haha..tu la pasal nasib la ada kawan yg tegur...siyesly mmg tak terfikir!huhu..btw,seronokla dah pandai berenang kau..ak pandai jugak,tapi renang setempat je la..miji kata aku kayuh tak gerak2..teknik salah..haha..ada chance,boleh belajar ngan ko nnt kui3...

Reply
Anonymous
August 9, 2012 at 10:50 PM

perghh, ada niat nak ngumpat pasal aku lettew. wooo! aku update blog aku, nampak la post2 ko kt news feed blog aku. cewahh, canggih blog aku, cham fb pulak ade news feed. hihi.. so, aku baca je lah ape ko membebel ni. cume aku tak dapat notification dlm email kalo ko respon komen ni. huhu..

Reply
August 24, 2012 at 1:38 PM

haha mana boleh ak ada niat jahat tu ko kan kawan baik aku..kalo aku tulis mesti tulis yg baik-baik je (bodek) haha..nway mekasihla bc..alang-alang dh raya ni bg la aku duet raya..ngeh3

Reply
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...